Monday, 16 October 2017

7 Langkah Pencegahan Penyakit Tangan Kaki dan Mulut (HFMD) Untuk Kanak-kanak.

Penyakit Tangan kaki dan Mulut atau Hand Foot and Mouth Desease (HFMD) terjadi disebabkan oleh jangkitan virus dari golongan enterovirus. Penyakit HFMD ini mudah berjangkit dikalangan Kanak-kanak yang berusia bawah 5 tahun. Ada 7 langkah pencegahan Penyakit Tangan Kaki dan Mulut untuk kanak-kanak yang boleh kita praktikkan sebagai ibu bapa.


Cara Mencegah Penyakit Tangan kaki dan mulut



7 Langkah Pencegahan Penyakit Tangan Kaki dan Mulut (HFMD):


  1. Cuci tangan dengan sabun dan air bersih sebelum menyediakan makanan, selepas ke tandas, selepas menukar lampin anak dan selepas mencuci najis anak.
  2. tutup mulut dan hidung dengan tisu ketika bersin dan batuk.
  3. Jangan berkongsi barang-barang peribadi seperti berus gigi, sapu tangan, tuala, cadar, cawan, sudu dan garpu.
  4. Mandi dan tukar pakaian selepas pulang dari tempat kerja sebelum bermesra dangan anak kecil atau bayi.
  5. Cuci alat mainan, permukaan meja, kerusi dan lantai yang dicemari air liur anak.
  6. Elakkan membawa anak kecil ke tempat awam seperti pusat membeli belah, pawagam, kolam renang, pasar dan stesyen bas.
  7. Boleh berikan anak anda makanan tambahan seperti vitamin untuk kuatkan imun badan mereka.
Disini Wana ingin kongsikan pengalaman serang Ibu yang berdepan dengan anak yang dijangkiti virus HFMD. Moga perkongsian ini dapat membantu ibubapa diluar sana untuk atasi masalah anak kecil yang dijangkiti Penyakit Tangan Kaki dan Mulut (HFMD).

**************************************************************


Pengedar Shaklee Manjung Aktif


Nama Saya Nor Hawana Mohd Tahir. Saya bekerja sebagai Pembantu Pustakawan dan mempunyai 2 cahaya mata. Kali ni Saya nak berkongsi kisah anak lelaki Saya Naeem Akmal yang terkena penyakit tangan kaki mulut atau HFMD.
.

Kisah anak Saya bermula pada awal tahun 2017 yang lepas. Saya telah menghantar anak Saya ke sekolah tadika. Baru je mula sekolah sekitar 2 minggu macam tu dia dah kena cuti.
.

Alkisahnya, tangan siku kaki dan tepi mulut anak Saya tumbuh biji-biji merah dan biji air gelembung. Saya sedar biji-biji ni tumbuh pun hari kedua selepas anak Saya mengadu dia tak boleh nak berjalan dan memakai selipar. Biji- biji ni tumbuh selepas dia demam.
.

Kita ni bila dah jadi Ibu dengar ke tengok anak tak sihat mulalah jiwa tu berkocak semacam kan. Bukan apa risau tengok keadaan anak. Ibu mana lah sanggup tengok anak kecil kesakitan macam tu kan. Saya kurang pasti dia dapat HFMD dari mana. 
.

Saya tunjuk pada kawan-kawan dan kakak. Masing-masing confuse sama ada anak Saya kena HFMD atau Chicken pox. Saya yang dengar ni mula lah gelabah. Petang tu lepas kerja, Saya terus bawa anak pergi Klinik.
.

Masa di klinik doktor pun tak pasti sama ada HFMD atau tak sebab dalam mulut anak takde tumbuh biji merah. Dapatlah ubat demam dan ubat sapu. Balik je rumah  Saya ambil herba blend dan mandikan anak Saya dengan basic H. Semua baju-baju anak pun Saya rendam dengan Basic H. 
.

Kebetulan Saya ada dapat beberapa stick Nutriferon, Saya pun bagi pada anak. Chewable vita C pun Saya bagi juga. Tapi anak lelaki Saya ni kurang gemar benda masam jadinya susah gak la nak paksa dia makan vitamin tu.
.

Kalau nak tahu, Saya memang selalu sapu herbal blend dan mandikan anak dengan basic H bila badan anak-anak dah start dedor nak demam.☺ Kiranya ni tindakan pantas Saya sebelum bawa dorang ke klinik. Okay, sambung kisah tadi.
.

Alhamdulillah, lepas beberapa hari biji-biji merah yang ada di tepi mulut, tangan, siku dan kaki pecah dan kering. Lega sangat bila tengok keadaan anak beransur pulih dan boleh menjalankan aktiviti harian seperti biasa.
.

Moga perkongsian Saya ni dapat memberi manfaat untuk kawan-kawan, ibu-ibu dan ayah-ayah  yang membaca yer.

Akhir kata, Alhamdulillah sekali lagi dan terima kasih Allah sebab temukan Saya dengan Shaklee.


******************************************************************

Jika korang berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee korang boleh menghubungi Wana seperti maklumat yang tertera dibawah yer.



Wana Mohd Tahir | 010.9749611
Email: cikwana@gmail.com
COD: Batu 6 Caltex|Giant Hypermarket Manjung

Wednesday, 4 October 2017

16 TAHUN SAKIT GASTRIK, AKHIRNYA WANITA INI BERJAYA JUGA PULIH DARI GASTRIKNYA

Hai korang, kali ni Wana nak kongsi dengan korang kisah seorang wanita dulunya seorang penghidap gastrik tapi kini, Alhamdulillah dah semakin pulih gastriknya. Nak tahu apa yang Kakma amalkan, meh kita baca kisah Kakma ni yer.

Sakit gastrik kronik


Kakma ingin kongsikan pengalaman sendiri yang mana kakma menderita gastrik selama lebih 16 tahun dan dengan izin ALLAH gastrik sekarang sembuh.Kakma kena serangan gastrik yang pertama ketika berusia 14 tahun dan berlarutan sehingga usia 30 tahun.Bayangkan berapa lama kakma menderita menangung sakit gastrik ini anda yang ada gastrik mesti tahu kan betapa sakitnya menahan semasa gastrik datang menyerang.
.

Setiap kali bulan puasa selepas makan sahur wajib makan ubat gastrik.Sebelum puasa lagi dah jumpa doktor dan minta ubat gastrik untuk stok sebulan puasa kalau boleh nak mengelak dari kena gastrik tapi kalau dah kena Allah saja yg tahu, sakit sangat,selalunya walau makan ubat masa sahur lepas berbuka mesti kena juga gastrik.kalau sakit kepala boleh lagi tidur rehat pejam mata, tapi kalau kena gastrik tak boleh tidur pusing kanan,pusing kiri letak bantal kat perut dan tidur mesti selimut dan tutup kipas kalau tak lagi masuk angin perut, tidur pun merengkuk je badan.Masa bujang boleh lah tidur macam ni tapi sejak kawin ada anak pastu anak pulak menyusu mana boleh tidur cara kita so terpaksa lah menyusukan anak sambil menahan kesakitan.

Gastrik kronik

Begitu lama kakma bergantung dengan ubat tapi kakma dapati ubat hanya untuk tahan sakit bukan untuk sembuh terus sakit gastrik, Kenapa kakma mengatakan begitu? ini kerana 16 tahun kakma makan ubat gastrik tak sembuh pun hanya hilangkan sakit sahaja.
.

Tetapi dengan izin ALLAH tahun 2012 kakma berkenalan dengan shaklee dan pada mulanya mencuba set menyusu shaklee yang mana dalam set menyusu ada ESP (Energizing Soy Protein) dan Ostematrik. Bila kakma makan set menyusu ini dah mula perasan jarang kena gastrik kalau tak sebelum ini setiap minggu mesti kena gastrik tetapi sejak amalkan set menyusu ni sebulan sekali pun belum tentu kena gastrik. Selepas kakma ambil tahu kelebihan produk ini baru kakma sedar memang ESP dan Ostemarik sangat membantu untuk sakit gastrik.Kakma juga makan peppermint ginger untuk buang angin dalam badan.Seperti kita tahu halia sangat bangus untuk buang angin dalam badan oleh kerana kakma memang tk boleh telan air halia jadi kakma pilih untuk ambil peppermint ginger.
.

Ini lah set Gastrik yang kakma ambil.

 Energizing Soy Protein –ESP yang juga merupakan sumber protein unggul daripada kacang soya merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut. Di samping itu, nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan. 
.

Peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan ketidakselesaan perut serta membuang angin di dalam badan.
.

Ostematrix adalah suplemen kalsium dengan magnesium dan vitamin D. Pesakit gastrik disarankan untuk mengambil susu atau kalsium, kerana ianya bersifat alkali dan mampu meneutralkan asid yang telah memasuki asofagus dan menyebabkan pedih ulu hati. Faktor kekurangan kalsium dalam tubuh juga menyebabkan penyakit gastrik. Tambah pulak ubat kapur gastrik yang hospital bagi tu mengandungi kalisum jadi lebih baik kita ambil Ostematrix Shaklee yang lebih semulajadi dan selamat kan.
.

Jika anda ada masalah gastrik macam kakma jangan di biarkan bimbang akan dapat sakit yang lagi parah boleh jadi ulser perut or kanser. Jadi ikhtiarlah dgn vitamin gastrik ni. Kakma kongsi pengalaman kakma sendiri dan harap dapat beri kebaikkan buat semua yg ada masalah seperti kakma.

Pengedar Shaklee Aktif Manjung

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 4


TESTIMONI 8 : MAISARAH MD SAUPI
******************************************

So, gastrik jangan dipandang enteng tau. Cepat-cepat ikhtiar. Wana sendiri pun penghidap gastrik. Aduh, kalau datang gastrik tu, memang tak larat sungguh nak bergerak ke ape.

Korang kalau nak dapatkan vitamin untuk gastrik, korang boleh hubungi Wana yer. Moga perkongsian Wana kali ni dapat manfaat untuk korang. Daa..

Wana Mohd Tahir,
Pengedar Sah Shaklee
010.9749611
#shakleemanjung

Tuesday, 3 October 2017

MASALAH SEMUT-SEMUT KRONIK PADA TANGAN BERANSUR SEMBUH SELEPAS TEMUI PENAWAR TERBAIK

Assalamualaikum. Hai, korang. Nak tanya ni pernah tak tiba-tiba tangan korang jadi keras sampai tak boleh nak lembutkan. Kalau nak betulkan semula ambik masa. Wana ada kisah nak kongsi dengan korang tau pasal sorang kakak ni ada masalah semut-semut yang kronik juga pada tangan beliau. Nak tahu macamana kakak ni handle meh baca kisah kat bawah ni okay.



Set Saraf Shaklee

Assalamualaikum saya Azalin Adzhar , lebih mesra jika dipanggil Lin.  Lin seorang ibu kepada 3 orang cahayamata . 

Pada pertengahan usia Lin 20an Lin kerap alami masalah semut-semut tapi ia datang dan pergi.  Rasa semut-semut tu tidak pernah  mengganggu aktiviti harian Lin. Jadi Lin tak ada lah rujuk kemana-mana doktor. 
.

Sampailah pada tahun 2011 ketika usia anak  kedua Lin lebih kurang 4 bulan.  Setiap kali  bangun pagi tangan kanan Lin tak boleh bergerak,  jari-jari tangan jadi kaku tapi lepas dipicit beberapa kali Alhamdulillah ok.  Mula-mula ingin biasa je, sampailah satu hari tu tangan kanan sakit sangat  rasa macam  ada aliran letrik, mencucuk-cucuk dan sukar nk digerakkan. Kebiasaannya dia terjadi waktu malam masa tengah nyenyak tidur.  Bayangkan sakitnya boleh buat Lin  terjaga dari tidur. Sejak tu boleh dikatakan setiap hari Lin menangis tengah-tengah malam menahan sakit.  Semakin hari semakin sakit. 
.

Sakitnya bukan setakat tu je,  Lin kalau menulis pun hanya mampu tulis 2 atau 3 patah perkataan.  Kalau pegang sudu atau apa-apa pun hanya untuk beberapa saat je. Hujung-hujung akan rasa mencucuk-cucuk dan jari tak mampu nak pegang apa-apa.  Belum bab dukung anak, setiap kali nak dukung anak Lin mesti anduh dengan kain.  Ya Allah takutnya kalau anak terlepas.
.

Lin ada juga pergi mengurut,  rendam tangan dengan air suam tapi keadaan sama juga.  Sakitnya tak hilang malahan ia makin sakit. Lin ambil keputusan  pergi ke HKL buat pemeriksaan.  Ujian darah,  xray semua kena buat dan lin terus dirujuk ke pakar tulang atau ortopedik.  Mula-mula doktor jangkakan lin ada masalah rheumatoid arthritis atau  carpal tunnel. Alhamdulillah dari ujian darah lin bebas dari kedua-duanya.  Doktor kata saraf lin mengeras dan melekat antara  satu sama lain.  Sejak dari tu lin diarahkan jalani rawatan fisioterapi dan dibekalkan dengan vitamin B dan panadol sebagai ubat tahan sakit.  
.

Ada satu hari tu Lin cerita dengan kawan pasal sakit Lin ni,  dia cadangkan supplement shaklee. Dia cadangkan lin makan B COMPLEX dan OSTEMATRIX.  Demi untuk sihat lin keluarkan  belanja sendiri beli supplement tu,  lagipun B Complex shaklee tak berbau jika dibandingkan dengan vitamin B hospital.  Tekak Lin memang susah sikit nak telan bau  vitamin B hospital.  
.

Hampir setahun setengah Lin buat fisioterapi dan makan B Complex serta Ostematrix. Alhamdulillah  tangan Lin sekarang  boleh menggenggam dan lakukan aktiviti harian seperti biasa. Senaman tangan pun lin masih lakukan setiap pagi dan petang sampai sekarang.  Tak sanggup rasanya untuk lalui kesakitan dulu lagi sekali.  
.

Bagi anda yang ada masalah semut-semut atau kebas-kebas boleh usaha dengan mengamalkan pengambilan B complex dan Ostematrix.  Dari penjelasan doktor masalah yang Lin hadapi berpunca dari masalah semut-semut yang dipandang  ringan.

Pengedar Shaklee Manjung


SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 4
TESTIMONI 23 : AZALIN ADZHAR
******************************************

Moga perkongsian Wana kali ini dapat beri manfaat pada korang yer. Jika korang nak dapatkan vitamin Shaklee, boleh hubungi Wana terus okey. Wana Pengedar Shaklee di kawasan Manjung dan kawasan berhampiran. Pada yang tinggal di luar kawasan COD Wana, jangan risau Wana juga menggunakan perkhidmatan pos ke kawasan korang.

Jumpa lagi, daa..

Wana Mohd Tahir,
Pengedar Sah Shaklee
010.9749611
#shakleemanjung

Monday, 2 October 2017

CARA MEMBANTU MENGURANGKAN SERANGAN ASMA DIKALANGAN KANAK-KANAK

Salam semua. Akhir-akhir ini cuaca ditempat kita khususnya di Malaysia sangat tak menentukan. Sekejap hujan sekejap panas. Hal begini tentu merunsingkan hati kita sebagai ibubapa bila anak kita mengadu tak sihat kan? Paling mudah adalah anak-anak mendapat serangan asthma. Wana nak kongsikan cara membantu anak kita dari sering diserang asthma. Jemput baca okey.

**************
Pengedar Shaklee Manjung

Muhammad Dayyan Zafran. Anak lelaki seorang tapi senang semasa mengandung, diuji pula dengan kesihatannya. Hah, pernah dengar kan ayat tu? Ada yang diuji semasa mengandung, tapi senang membesarkan anak-anak. Zafran dari kecil doctor sudah sahkan dia ada asma. Lahir tahun 2010 dan semakin teruk setelah hampir lemas pada tahun 2012.
.

Macam macam saya buat ikut petua yang diberikan oleh orang orang tua atau kawan-kawan. Siap pergi bawa berurut lagi. Kurang sekejap je, tapi asma tu kerap juga datang. Malahan doktor kata kena tau apa punca yang menyebabkan dia mudah sangat asma. Mungkin dari pemakanan yang dia alergik, persekitaran yang berhabuk atau berjangkit dengan kawan kawan di nursery.
.

Hampir setiap bulan memang perlu ke klinik atau ke hospital dan saya juga terpaksa ambil cuti setiap bulan untuk menjaga Zafran. Payah juga. Walaupun Zafran masih menyusu badan, tapi dia mudah sangat jatuh sakit. Bermula dengan batuk batuk, selsema dan diakhiri dengan asma yang kekadang berlanjutan sehingga seminggu. Boss pun bising asyik cuti je. Cuti jenis mengejut pula tu. Yerlah, sakit pun bukan kita tau nak datang bila kan.
.

Sehingga kemuncak pada tahun 2013, dia warded sebab asma dan doktor sahkan dia ada kuman di dalam peparunya. Saya jadi stress bila kena duduk hospital ni sebab Zafran asyik menangis dan tak nak makan ubat. Saya tengok dia nangis, saya pun nak nangis. Hahaha!. Ya Allah, tiba tiba saya terfikir, kenapa saya tidak berinya supplemen Shaklee sedangkan saya sendiri mengamalkannya.
.

Jadi, selepas keluar dari hospital, saya berikan dia Omega Guard sebiji sehari (hari pertama dia makan Omega Guard, dia muntah! Kahak berlendir lendir keluar). Saya kuatkan hati paksa dia ambil juga Omega setiap hari sehingga asma dia reda. Omega ni akan cairkan kahak dan dibuang samada melalui muntah atau buang air besar.
.

Selepas dia sihat, saya beri dia susu Mealshake hari-hari dan bagi juga Chewable Vita-C. Mealshake ni multivitamin untuk berikan tenaga kepada anak anak dan pulihkan badan selepas tidak sihat. Chewable Vita-C untuk beri perlindungan pada badan dan kuatkan antibody badan dari mudah dijangkiti oleh kuman atau virus. Zafran suka sebab sedap katanya
.

Sehingga sekarang, dia ambil Mealshake (dah pandai dah buat air sendiri letak Mealshake), ambil Chewable Vita-C hari-hari dan akan ambil Omega bila dia rasa dia nak semput. Pandai kan? Dia dah tahu yang supplemen dia ambil tu akan buat dia sentiasa sihat dan dia juga sangat aktif bermain. Dia tahu kalau dia tidak sihat atau asma, dia tak boleh nak bermain. Jangan tak tahu, Omega Guard ni juga membantu perkembangan sel sel saraf otak untuk berfungsi dan buat anak anak lebih mudah menerima ilmu semasa belajar dan berkomunikasi
.

Oh Ya! Lagi satu, Saya dah banyak kali apply medical card atau takaful tapi susah nak lepas sebab saya declare Zafran ada asma. Sehinggalah saya berjumpa Puan Siti Hajar  (0192307055), dan dia kata dia akan bantu sebab dah lama Zafran tak warded hospital. Alhamdulillah, akhirnya lulus walaupun saya declare yang Zafran ada asma. Bukanlah minta sesuatu terjadi pada Zafran kan, tapi ia langkah untuk kita berjaga-jaga. Sediakan payung sebelum hujan gitu.
.

Kini, sejak tahun 2013 selepas kali terakhir Zafran warded, dia dah tak perlu lagi ke klinik atau hospital. Ada sesekali pergi ke klinik untuk amik neb, tapi doctor senyum sebab dia nampak aktif je. Doktor kata : "ni tak yah buat follow up dah. Dah boleh balik main bola dah". Syukurr. Cuti sekolah pun takdelah kerap seperti tahun-tahun sebelumnya. Kita gembira bila ada anak anak sihat dan aktifkan? Jadi kita usaha untuk pastikan kesihatan mereka berpanjangan.
.

Kita usaha kan, Allah juga yang memberi kesihatan kepada Zafran. Inilah #shakleeEffect keluarga saya.

Ubat Asthma

TESTIMONI 3 : SITI NORIZA BINTI SALEH
*************

Jika korang berminat untuk dapatkan vitamin kanak-kanak. Korang boleh hubungi Wana terus yer. Wana juga ada buat COD untuk mereka yang tinggal di sekitar Lekir, Sitiawan dan Manjung. Opps, untuk luar kawasan pun ada juga. Maca biasa Wana gunakan perkhidmatan poslaju tau. So, hubungi Wana okey.

Wana Mohd Tahir
Pengedar Sah Shaklee
#shakleemanjung
010.9749611



Tuesday, 8 August 2017

Resepi Overnight Oats Mudah dan Lazat

Hai, korang. Harini saja la nak berkongsi resepi overnight oat cara akak wana. Lama dah nak buat tapi nya tak terbuat² juga. Jadi semalam semangat rajin tu datang dan bahan² memang dah ada pun, makanya terhasillah ia.

Overnight oats simple

Biase la nak mengubah cara makan yang biasa kepada yang sihat ni memang macam² dugaannya. Yang sihat tu biasanya kurang enak di tekak. But its ok its orite, kita kasi belajar..InshaAllah sooner or later benda tu akan jadi biasa la. Nak ngan tak nak je. Akak tak cakap org lain, tuju kat diri sendiri jer. Kuat nau ngelatnya😜

Nah, akak share resepi yer.

Bahan² :

💪Rolled oat ( Guna dia sebab oat ni kalau dicampur air takde la kembang sangat, bukan ape kalau terlalu kembang takut tekak tak terima je😄)

💪Esp Shaklee (tokey shaklee kan, makanye guna la protein yg kita jual. Korang ade protein lain nak bubuh pun ok je)

💪Fresh milk (letak dalam secawan je, beli yg farm fresh tu sbb dia nature n pure dari ladang kan)

💪Chia seed ( bagus sebab ada kalsium dalam dia, sesuai utk diet juga)

💪 Plain yogurt ( beli brand farm fresh gak)

💪 Kismis & Kurma ( saje mix nak bagi manis, kebetulan banyak dalam freeze. Maklumlah org bagi berkotak² masa bulan puasa ritu😁)

💪 Gula melaka (sepatutnya letak la madu, tapi takde madu so hiris la sikit gula ni nk bg rasa manis² buah je😄)

💪 Buah anggur n ceri ( untuk aksesori jer- buah² beri ni kalau mix dalam over night oat memang sedap la. Seeloknya buah² yg tak keluarkan air banyak tau)

Shaklee Manjung

Settle mix semua tadi korang simpan la dalam freeze. Sok pagi boleh dah makan jadikan sarapan. InshaALLAH kenyang dan kejap sikit perut tu sementara nak lunch kan. Opps lupa plak, pastikan korang letak dalam bekas kaca utk dapatkan rasa sejuk yang lama n makan pun sedap je kat tekak yer.

Okey, sekian dulu #resepisihatakakwana untuk #sihatcaraireach . Selamat mencuba.

Pengedar Sah Shaklee
Wana Mohd Tahir | 010-9749611
#shakleemanjung

Tuesday, 1 August 2017

Tawaran Hebat Menanti Bila Mendaftar Keahlian Shaklee Sempena Merdeka.

Assalamualaikum. Hai korang, sempena kedatangan bulan Ogos ni Wana nak kongsikan berita baik untuk semua. Maklumlah bulan merdeka kan? Jadi kepada pengguna setia Shaklee, siapa yang belum mendaftar sebagai ahli Shaklee. Korang disarankan untuk mendaftar segera sebagai ahli tau. 

Pengedar Shaklee Manjung

Bila korang mendaftar sebagai ahli dan membuat pembelian mengikut terma dan syarat, korang layak untuk membeli vitamin C pada harga yang sangat berbaloi. Nanti korang boleh refer poster dibawah yer. Bukan tu aje, pelbagai tawaran hebat sempena bulan merdeka ni. 

Rugi rasanya, kalau korang tak grab tau. Peluang datang tak selalu. Jadi, kita kena lah bijak membuat keputusan yer. Pada yang masih mencari vitamin Shaklee, korang boleh jer hubungi Wana yer.

Wana merupakan pengedar Shaklee bagi kawasan Manjung dan kawasan yang berhampiran. Jika korang berada di luar kawasan Manjung. Jangan risau, perkhidmatan Poslaju akan digunakan untuk menghantar vitamin Shaklee.


Terima kasih.
    
    Wana Mohd Tahir | 010.9749611
Email: cikwana@gmail.com
COD: Batu 6 Caltex|Giant Hypermarket Manjung.


Thursday, 1 June 2017

Keperluan Supplemen Kepada Tubuh Manusia | Penting atau Sampingan

Ramai orang beranggapan bila dah amalkan supplemen, tak perlulah makanan berkhasiat dan senaman. Ini sangat salah. Supplemen adalah keperluan tubuh bagi melengkapkan nutrisi kita yang lopong tu. Meh Saya kongsikan kisah seorang Ibu yang sangat menghargai kesihatan beliau.

Set Kesihatan Optimum
Senaman - Gaya Hidup Sihat

Saya Nur Afizah Binti Shuib, berumur 59 tahun dan bekerja sebagai penjawat awam. Mempunyai 4 orang cahaya mata dan 4 orang cucu.

Daripada zaman saya muda-muda lagi, saya memang mementingkan kesihatan. Macam-macam suplemen yang saya cuba, yang murah yang mahal..Tapi kebanyakkan, tidak menunjukkan apa-apa kesan yang ketara. Saya amalkan produk Shaklee dah 3 tahun lebih. Saya kenal Shaklee daripada anak dan menantu saya.  Alhamdulillah, saya jatuh hati dengan produk Shaklee terutamanya VIVIX!

Saya memang jaga pemakanan, saya kurangkan gula dalam minumam harian. Tapi disebabkan kencing manis dan darah tinggi ni penyakit 'keturunan’, memang tak boleh nak lari mana lah..Check-up di hospital baru-baru ni, menggunakan mesin penimbang elektronik yang baru tu. Apa ntah namanya mesin tu. Happy sangat bila doktor cakap bacaan b/p saya mcm 'anak dara', 120/80.

Tapi dari bacaan mesin tu, doktor inform yang umur dalam badan saya 51 tahun! Memang terkejut lah dengar, walhal umur saya tahun depan dah masuk 60 tahun. Alhamdulillah, awet muda..BMI saya pun normal. Bacaan kencing manis saya pun normal, 6.7 berbanding dengan bacaan 3 tahun dulu, 8.0..Doktor pun dah kurangkan dos ubat kencing manis yang perlu saya makan setiap hari. Lega rasa..smile emoticon

Pernah ada sahabat saya tanya, kat mana saya buat gigi palsu. Teratur cantik je..Hehe, saya kata ni gigi betul. Tak pernah lagi buat gigi palsu. Terkejutlah dia, di usia saya yang nak masuk 60 tahun ni, masih lagi ada gigi kekal yang masih elok. Bagi saya, penjagaan gigi sangatlah penting. Dari saya muda lagi, saya amalkan minum susu setiap hari.

Ini adalah antara vitamin yg saya konsisten ambil setiap hari dengan konsisten. Paling best, saya suka VIVIX. Rasanya dah 12 botol yang saya makan. (saya kongsi makan dengan suami tercinta).

Kulit saya yang dahulunya kusam dan tak bermaya, rasa lebih ceria dan awet muda berbanding sebelum ambil vivix. Memang Best! Bg yang belum tahu, vivix ni bukan sahaja suplemen untuk kesihatan menyeluruh, tapi vivix jugak berfungsi sebagai anti-penuaan.

Pada tahun 2013, saya berpeluang untuk melangkah kaki ke tanah suci Mekah bersama anak dan suami untuk menunaikan Umrah. Alhamdulillah, kesihatan saya baik-baik je kat sana. Tapi, suami saya mengalami athma yang teruk sehingga sampai sahaja di Malaysia, suami saya kena admit di Hospital Sg.Buluh. Doktor mengesahkan suami saya kena jangkitan di paru-paru yang berpunca daripada habuk di Mekah. Berkampunglah di hospital selama 8 hari.

Suami saya ni, memang susah nak makan vitamin melainkan kalau saya ambil dan bagi kat dia, baru dia makan. Tapi, di Mekah kami tinggal di bilik berasingan, sebab tu susah sikit saya nak berkongsi vitamin dengan suami. Alhamdulillah, kesihatan saya baik di sana tanpa demam atau batuk. Vitamin Shaklee saya bawa sekali kesana dan amalkan setiap hari sebelum mengerjakan Umrah.

Produk yang hebat dan berkesan ni, saya kongsikan kebaikan dengan kawan-kawan sepejabat saya. VIVIX the best choice suplemen untuk di amalkan setiap hari. Di tambah dengan vitamin lain seperti Vita-Lea, Vita C Plus dan Omega, kesihatan saya bertambah baik.

Bagi anak-anak yang tak tau nak bagi hadiah apa kat mak abah anda, boleh la hadiahkan sebotol VIVIX ni setiap bulan.

Penjual Shaklee Lekir


TESTIMONI 47 : NUR AFIZAH BINTI SHUIB

Jika anda masih mencari supplemen yang selamat, semulajadi dan berkesan, korang boleh hubungi Saya seperti di alamat tertera di bawah.

Wana Mohd Tahir | 010.9749611
Email: cikwana@gmail.com
COD: Batu 6 Caltex|Giant Hypermarket Manjung.