Saturday, 20 December 2014

PENGEDAR SHAKLEE LEKIR: KOLEKSI VITAMIN MAMA

Assalamualaikum semua..
Petang2 ni nk share la vitamin ape yg saya consume since kenal Shaklee..Nampak tak poster kat bawah tu??baru 10 jenis vitamin yang pernah dan ada antaranya Saya konsisten sampai la sekarang...dulu Sy tamak terus jadi ahli sbb Sy tahu Sy akn amalkan supplimen ni berpanjangan..so tak rugi la join!
 
1stly ambil Ostematrix sbb Saya ni kurang kalsium..Sy tak suka minum susu..slps deliver 2nd baby mmg dah mula terasa sakit pinggang lenguh kaki..serba serbi yg berka...itan sendi la..tu yg ambil Ostematrix..time tu tapak kaki ni mmg sakit sakit..menyucuk je bila pijak lantai..mmg setiap mlm telan 4 bj Oste sblom tido..Alhamdulillah, tak silap 2bln lps tu Sy punya tapak kaki dah tak rasa sakit lg..sampai sekarang la Sy telan Ostematrix ni.
.
Pastu nak cuba ESP sebab dengar kwn2 ‪#‎SGW‬ n ‪#‎OMS‬ dok sharing kebaikan ESP..daku pun teringin juga nak rasa ape yg hebatnye ESP ni..rupanya ternyata mmg benar bagai dikata..Sy pun dapat rasai kesan positif tu..susu badan byk,,gastrik pun kurang plus kulit badan makin cerah..4 tong jugak Sy amalkan ESP ni tau..sedap mix ngan macam2 flavour..
 
Alfalfa dan Lecithin Sy ambil sebagai detox harian dan pembakar lemak dan kolestrol..setiap kali buat check up kat KK mmg kena timbang..berat badan mentain je 47kg..tapi selera makan boleh tahan jugak..pernah sebulan dua jugak terstop Alfalfa..Sy lewat mkn atau termkn benda2 berangin ni perut masuk angin pastu sampai menangkap ke belakang pinggang la..pastu continue consume Alfalfa balik..Alhamdulillah sejak kebelakangan ni dah tak rasa sakit camtu..
 
Gla dan Zinc Sy makan jugak sebab rambut ni kuat gugur..add ngan ESP tuk kesan tiptop..Vitamin E Saya ambil untuk masalah kat muka ni..mmg amik masa untuk hilang tapi tetap gak usah tuk konsisten..Now sy konsisten amalkan vita C 2biji pagi dan malam setiap hari untuk resdung dan nak kulit muka cerah..hihi..pulun la nak cantik di usia y sudah menjengah angka 3 ni..
 
Utk anak2 Sy bagi Mealshakes dan Chew Vita C.Kadang Sy pun ambil sama..even kesannya bukan serta merta..Now my daughter dah selera makan n my son pun kalu demam selsema dah takde minggu2 lagi..
 
Kalau baca cite Sy ni panjang..Tapi kalau kwn2 semua ada masalah mcm Sy ni..boleh la cuba pada sesuatu yg semulajadi..takde kesan sampingan pun..Sy dulu pun bukan penggemar supplimen atau ubat-ubatan ni..Sejak dah rasa sakit baru la tahu betapa nikmatnya utk memiliki kesihatan yg baik..
 
Azam Sy..mudah2an Sy dapat bekalkan stok vitamin buat bonda tercinta ngan anak2..tak nak dah tengok mak menanggung kesan ubat sintetik..kesian sangat. Apapun‬..kita kena konsisten makan satu2 produk tu utk dapatkan kesan yg terbaik..ingat‬ yer,,harini mkn bukan boleh terus baik yer..sekurang-kurangnya konsisten untuk 3 bulan dahulu k.
 
 
Koleksi Vitaminku



 
Saya disini:
FB: Wana Mohd Tahir
PAGE: Khyranaeems Vitastore
EMAIL: cikwana@gmail.com
Call/SMS/Whatsapp/Telegram:010-2114231
COD:Kayan/ Lekir/Sitiawan/Manjung
POSTAGE: Seluruh Malaysia
 
 
 
 
 
 

Sunday, 7 December 2014

PENGEDAR SHAKLEE LEKIR: Koleksi Testimoni VIVIX Shaklee

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu semua.. Didoakan kalian semua berada dalam rahmat dan kasih-NYA. Hari minggu ni adalah masa untuk bersantai dengan familykan...bestkan dapat luangkan masa dengan insan-insan tersayang..tambahan pula musim cuti sekolah kan??Saya je kerja arini..huhu. Entry kali ni Saya nak share ngan pengunjung Blog Khyranaeems Vitastore koleksi testimony Vivix tau..Hopefully uolls enjoy baca dan sekiranya berminat nak tahu lebih lanjut just contact Saya k..

VIVIX = 150ML

FUNGSI RESVERATROL



AWET MUDA VIVIX


SUGAR CONTROL DAN GOUT




TESTIMONI VIVIX


TESTIMONI VIVIX


TESTIMONI VIVIX

TESTIMONI VIVIX

TESTIMONI VIVIX
 
TESTIMONI VIVIX


Saya disini:

FB: Wana Mohd Tahir
PAGE: Khyranaeems Vitastore
EMAIL: cikwana@gmail.com
Call/SMS/Whatsapp/Telegram:010-2114231
COD:Kayan/ Lekir/Sitiawan/Manjung
POSTAGE: Seluruh Malaysia
 

Friday, 5 December 2014

PENGEDAR SHAKLEE LEKIR : VITAMIN IBU HAMIL

Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat pengunjung Blog Khyranaeems Vitastore yang disayangi dan dihormati. Moga Allah SWT merahmati kalian dan beroleh keberkatan dari-NYA. Entry kali ini, Saya Pengedar Shaklee Lekir nak kongsikan berkaitan vitamin untuk ibu hamil. 

Seperti yang kita ketahui, ibu hamil digalakkan untuk mengambil prenatal vitamin. Ia bertujuan untuk mengurangkan risiko kecacatan ketika hamil, selain itu dapat membantu mengurangkan kelahiran bayi pramatang dan kekurangan berat ketika lahir.


Pengambilan vitamin untuk ibu hamil ini penting supaya ibu hamil kekal sihat dan boleh memberi kekuatan kepada ibu hamil sepanjang tempoh kehamilan. Ia juga dapat mengurangkan risiko kekurangan nutrisi bagi ibu hamil yang mengalami 'morning sickness' dan tiada selera makan di awal kehamilan.

Pengambilan makanan berkhasiat dan seimbang merupakan tunjang utama. Bukan sekadar menelan vitamin kemudian makan makanan yang tidak berkhasiat sepanjang tempoh 9 bulan kehamilan.

Berikut merupakan vitamin penting untuk ibu hamil iaitu iron, asid folik, kalsium dan Omega 3.

  • Iron :: Bagus untuk pembentukan sel darah merah yang bawa oksigen ke seluruh badan. Contohnya makanan seperti ikan, daging merah dan hati boleh mengurangkan penyerapan iron dalam tubuh, begitu juga kalsium seperti susu, keju dan produk tenusu yang lain. Anda dikehendaki mengambil supplimen iron sejam sebelum atau 2 jam selepas makan makanan tersebut.

  • Asid Folik :: Bagus untuk perkembangan fizikal dan saraf bayi diawal kehamilan. Asid Folik boleh diamalkan dari sebelum mengandung juga.

  • Kalsium :: Baik untuk kesihatan tulang, gigi dan gusi ibu. Ini kerana ibu mengandung mudah untuk sakit pinggang dan kejang kaki sekiranya kekurangan kalsium. Jumlah kalsium yang diperlukan sehari adalah 1000mg.

  • Omega 3 :: Sangat penting untuk perkembangan otak, system saraf dan untuk mendapatkan penglihatan yang baik. Ikan merupakan sumber Omega terbaik terutamanya ikan Salmon. Terdapat juga ikan yang diracuni merkuri akibat pencemaran laut. Oleh itu sebagai pengguna kita perlu bijak memilih sumber makanan tambahan kita.




SET KEHAMILAN SHAKLEE






Fungsi Vitamin Ibu Hamil Shaklee
  • Vita-Lea : Multivitamin dengan iron yang mengandungi 30 nutrisi harian lengkap, 12 vitamin dan 7 mineral penting yang disarankan oleh RDA.
  • B Complex : Vitamin yang lengkap dengan 8 Keluarga B termasuklah Asid Folik. Ia juga merupakan vitamin anti stress.
  • Ostematrix : Kaplet kalsium dengan magnesium, fosforus, vitamin D, Zinc, Kuprum, Manganes dan Boron. Ini kerana suplemen kalsium perlu dating dalam pakej lengkap tersebut untuk mengelakkan endapan bagi sesetengah mineral. ( Magnesium dalam Ostematrix membantu melembutkan najis, Ianya mengurangkan risiko sembelit bagi Iubu hamil)
  • Omega Guard : Sumber Omega 3 terbaik dari minyak ikan tulen. Pengambilan Omega Guard pada trimester kedua (bulan keempat kehamilan)
  • SR Vita C : Membantu meningkatkan imun, menyerap zat besi serta mencegah komplikasi semasa hamil seperti kelahiran bayi yang kurang berat badan, anemia dan sebagainya.

  • ESP-Energizing Soy Protein : Kaya dengan protein ianya baik untuk perkembangan otak bayi, pembentukan otot dan meningkatkan system imun badan. ia boleh dianggap sebagai pelengkap vitamin untuk ibu hamil.


Jemput layan testimoni untuk Ibu hamil ye semua..


Testimoni Ibu Hamil





SID: 947236
Call/SMS/Whatsapp: 010-2114231
Email: cikwana@gmail.com
COD: Kayan/Lekir/ Sitiawan/ Manjung
POSTAGE: Seluruh Malaysia




Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.

Sunday, 2 November 2014

PENGEDAR SHAKLEE LEKIR : OMEGA GUARD MINYAK IKAN TERBAIK DUNIA

Assalamualaikum buat pengunjung Blog Khyranaeems Vitastore. Moga kalian semua sentiasa berada didalam keberkatan Yang Esa. Hari ni Saya ingin berkongsi kebaikan Omega Guard minyak ikan terbaik dunia yang mampu membekalkan asid lemak omega-3.

Omega Guard mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak Omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantungjantung dan sendi kita manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi-fungsi otak. Satu hidangan Omega Guard menyediakan 990mg asid lemak omega 3.

Omega Guard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietary tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega 3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.
MINYAK IKAN TERBAIK DUNIA
Oleh itu minyak ikan yang kaya dengan omega 3 sangat disaran pengambilannya seawal kanak-kanak yang berusia 1 tahun ke atas lagi. Di bawah terdapat senarai siapa yang memerlukan Omega Guard ini.

♡ SIAPA YANG PERLUKAN OMEGA GUARD 

  • Mereka yang nak kuruskan badan:: 1biji Omega Guard = 2biji Lecithin:: Ini bermakna Omega Guard dapat membakar lemak 2X ganda dari Lecithin.
  • Asma@Lelah::Ianya bersifat mengelakkan kesejukan.
  • Gout::Mengelakkan inflamasi pada sendi-sendi & menghalang sendi dari bengkak.
  • Penghidap kanser
  • Batuk berkahak & selsema
  • Pesakit jantung & Darah tinggi :: Omega Guard mampu mencegah kadar kolestrol yang berlebihan.
  • Tingkatkan daya tumpuan & menajamkan otak:::Sesuai untuk Kanak-kanak, Pelajar, Ibu mengandung & Ibu menyusukan anak.
  • Ekzema, alahan & resdung:::bagus untuk kulit juga.
  • Migrain, kebas- kebas angin & tangan.
  • Sakit sendi.
OMEGA GUARD UNTUK KANAK-KANAK

Psstt..Omega Guard offer bulan ni. Beli 6 Percuma 1. Hanya November 2014 je tau.




SID: 947236
Fb: Nor Hawana Mohd Tahir
Blog:http://khyranaeemsvitastore.blogspot.com
Call/SMS/Whatsapp: 010-2114231
Email: cikwana@gmail.com
COD: Kayan/Lekir/ Sitiawan/ Manjung
POSTAGE: Seluruh Malaysia

        

Wednesday, 15 October 2014

PENGEDAR SHAKLEE LEKIR : TIPS MAKANAN TAMBAH SUSU IBU

Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat pengunjung Blog Khyranaeems Vitastore yang Saya sayangi. Moga kalian sentiasa berada dalam rahmat-Nya dan beroleh kesihatan yang baik-baik sahaja. Entry kali ini Saya  Pengedar Shaklee Lekir nak kongsikan bagaimana untuk mengetahui makanan tambah susu Ibu. 

Secara amnya, Ibu menyusu perlu mengekalkan nutrisi makanan yang sama seperti tempoh kehamilan. Ini kerana ibu menyusu berkongsi makanan dengan bayi ketika menyusukan bayi. Oleh itu, Ibu menyusu sangat memerlukan pengambilan makanan yang mempunyai nutrisi yang tinggi dan pelbagai.


Ibu menyusu perlu makan makanan yang sihat setiap hari. Makanan yang sihat itu perlu terdiri daripada empat kumpulan makanan iaitu:

        • Sayuran dan buah-buahan
        • Roti dan bijirin
        • Susu dan produk tenusu (rendah lemak)
        • Daging, Ayam, makanan laut, telur, kekacang.
Empat kumpulan makanan diatas memberikan banyak khasiat seperti protein, kalsium dan zat besi. Sekiranya empat kumpulan makanan tambah susu ini diambil dengan lengkap, ibu menyusu tidak perlu lagi kepada supplimen untuk dapatkan vitamin dan mineral. Sebenarnya agak mustahil untuk mengekalkan suhu makanan yang telah di masak, secara tidak lansung ibu menyusu masih memerlukan supplimen untuk makanan tambah susu ibu.


Buat pengetahuan semua, Ibu menyusu sangat memerlukan vitamin B, Ini kerana didalam vitamin B terkandung beberapa komponen seperti extra biotin yang penting untuk kulit dan rambut. Extra B6 bagus untuk pembebasan tenaga dari makanan, ia juga baik untuk pembentukan sel darah dan kesihatan saraf. Vitamin B 12 pula boleh mencegah anemia dan kesihatan sistem saraf. Ibu menyusu juga memerlukan vitamin C untuk kesihatan sel dan penyerapan zat besi. Pengambilan vitamin D bagus untuk tulang yang sihat dan kuat.

Sumber makanan dari vitamin D boleh didapati daripada ikan segar atau dalam tin seperti tuna, salmon, sardin, markerel, telur, minyak ikan dan majerin. Namun perlu diingat, pengambilan vitamin hanya membantu 10% bagi menghasilkan susu ibu, selebihnya bergantung kepada ibu itu sendiri. Pengambilan air 3 liter sehari atau 8 gelas sehari wajib diambil untuk penghasilan susu badan.

Antara makanan tambahan yang dicadangkan daripada vitamin Shaklee adalah seperti berikut :

  • ESP : Sumber non-GMO yang mengandungi Glisemik Indeks Rendah dan mengandungi 14g Protein. Kandungan protein yang banyak berfungsi untuk memperbail sel tubuh, apabila sel sihat maka ianya memudahkan vitamin menyerap dengan sempurna ke dalam tubuh. ESP juga membantu dalam memastikan pertumbuhan bayi yang normal disamping itu ianya mengandungi antibodi yang dapat meningkatkan sistem imunisasi bayi.
  • Sustained Release Vita C: Apabila Ibu menyusu mengambil SR Vita C ini, ia boleh meningkatkan imun sistem secara tidak lansung ia mampu mencegah daripada kekurangan vitamin C dalam badan.
  • Vita-Lea : Ia adalah formula yang lengkap dengan 28 Vitamin dan mineral. Ujian kualiti juga telah dilakukan melebihi 340 kali. Dengan sistem penyerapan bio aktif ia mampu meningkatkan penyerapan folic asid dan mencegah daripada kekurangan vitamin.

  • B Complex: Ia mengandungi kesemua 8 komponen vitamin B. B1, B2, B3, B6, B12 biotin, pantothenic asid dan asid folik. Ia merupakan vitamin larut air dan ianya bagus untuk antistress. Badan kita tidak mampu menghasilkan vitamin B, ia hanya boleh didapati daripada pemakanan dan pengambilan supplimen.
  • Ostematrix: Buat pengetahuan semua, 40% yang terkandung dalam susu ibu adalah kalsium. Kalsium penting untuk membina tulang dan menghasilkan tulang yang kuat. Oleh itu, wanita hamil, ibu menyusu dan bayi perlu ambil kalsium. Bayi akan dapat kalsium melalui penyusuan susu badan.Peringatan sebelum pengambilan kalsium, anda dikehendaki memastikan kalsium yang diambil itu dilengkapi dengan magnesium, vitamin D, Zinc, Cooper dan boron. 
  • Alfalfa Complex: Merupakan sejenis herba. Ia bagus dalam penghasilan susu. Alfalfa juga boleh dijadikan detoks harian untuk ibu menyusu yang ingin kuruskan badan.
Vitamin Tambah Susu Ibu


Ingin tahu lebih info boleh hubungi Saya Pengedar Shaklee Lekir Wana seperti kenyataan dibawah. Sampai jumpa dilain entry.


SID: 947236
Fb: Nor Hawana Mohd Tahir
Blog:http://khyranaeemsvitastore.blogspot.com
FBPage:www.facebook.com/KhyranaeemsVitastore
Call/SMS/Whatsapp: 010-2114231
Email: cikwana@gmail.com
COD: Kayan/Lekir/ Sitiawan/ Manjung
POSTAGE: Seluruh Malaysia

        : 

Monday, 6 October 2014

PENGEDAR SHAKLEE LEKIR: ESP VITAMIN KESUKAAN SAYA

Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat pengunjung blog Khyranaeems Vitastore yang Saya kasihi. Moga kita semua berada didalam rahmatNya InshaAllah. Masih ingatkan pada Saya..si Pengedar Shaklee Lekir tu..Entry kali ni nak berkongsi dengan semua tentang vitamin kesukaan Saya iaitu Energizing Soy Protein-Esp.

Apa yang membuatkan Saya begitu suka sangat dengan ESP adalah kerana khasiat yang ada dalam ESP tu sendiri. ESP vitamin kedua yang Saya amalkan selepas Ostematrix. Saya seorang penghidap gastrik dan bukan seorang penggemar susu.

Khasiat ESP
Saya jadikan ESP sebagai menu sarapan Saya setiap pagi..yang bestnya ESP ni daripada Non-GMO Soya tanpa genetik. Ianya selamat berbanding soya yang berada di pasaran. Setiap pagi Saya akan bancuh ESP dengan flavor kegemaran Saya iaitu Milo. Tapi kini bertukar sudah kepada Tamar Cocoa. :) memang terasa kenyang je perut Saya.

ESP juga memberikan Saya tenaga. Di samping itu, apa yang Saya perhatikan perubahan pada diri Saya ialah kulit Saya dah makin cerah..Ya Allah! tersenyum sengih Saya..hihi. Siapa lah yang tak suka pada perubahankan? nak pulak ke arah positif..

Perubahan lain yang boleh Saya kongsikan kat sini ialah kulit anak bujang Saya...nampak gebu dan putih..padahal semasa mengandung memang tak ambil sebarang supplimen pun, mungkin juga kesan daripada menyusu badan...khasiat ESP dapat ke bujang Saya.

Energizing Soy Protein



Energizing Soy Protein-Esp kaya protein, dimana ia berfungsi untuk menggantikan sel-sel lama kepada sel baru dalam tubuh kita...secara tak lansung ESP ni boleh dikatakan vitamin pelengkap untuk setiap masalah kesihatan.

Rugi tak cuba..kalau nak rasa perbezaan macam Saya, bolehlah cuba ESP tau..cari je Saya Pengedar Shaklee Lekir tu kalau untuk COD lah..untuk yang diluar kawasan Saya akan pos. Saya sedia membantu untuk sesiapa sahaja yang nak jaga kesihatan ok!


SID: 947236
Fb: Nor Hawana Mohd Tahir
Blog: http://khyranaeemsvitastore.blogspot.com
Call/SMS/Whatsapp: 010-2114231
Email: cikwana@gmail.com
COD: Kayan/Lekir/ Sitiawan/ Manjung
POSTAGE: Seluruh Malaysia




Thursday, 2 October 2014

PENGEDAR SAH SHAKLEE LEKIR : JATUH CINTA

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pengunjung blog kesayangan Khyranaeems Vitastore. Semoga pengunjung blog Khyranaeems Vitastore semua beroleh kesihatan yang baik dan sentiasa didalam rahmat Yang Esa. Hari ini Saya Pengedar Shaklee Lekir nak cerita pengalaman pertama Saya jatuh cinta :). Jatuh cinta dengan siapalah pula kan...siapa lagi kalau bukan vitamin Shaklee kesayangan ramai.

Kisah cinta Saya bermula semasa Saya dalam tempoh berpantang anak kedua, namanya Mohamad Naeem Akmal. Ketika itu Saya berada di Setapak, Kuala Lumpur. Saya berpantang dirumah kakak. Sedia maklum rutin orang dalam pantang mesti banyak rehat, berbaring sambil bertungku. Jadi banyakla masa yang Saya habiskan dengan melayari internet. Wifi dimana sahaja la katakan...Saya selalu buka laman sosial Facebook (FB) . Masa tu Saya terjumpa satu testimoni seorang Doktor yang mengamalkan vitamin Ostematrix untuk masalah sendi beliau. Seorang doktor pun mengamalkan supplimen Shaklee..Wow! sudah tentu-tentu Saya teruja nak cubakan?

Hampir setiap hari Saya buka Facebook mesti jumpa macam testimoni yang Pengedar Shaklee kongsikan..tentang bonus yang mereka dapatla.. Sehingga la selepas pantang, masa tu Saya dah ada kat Lekir. Saya hantar mesej pada seorang kenalan FB. Beliau pun bukan orang lain, beliau merupakan senior sewaktu zaman sekolah menengah Saya. Disini lah bermula ukhwah yang dah lama renggang kini bertaut kembali. Hanya dengan kebaikan vitamin Shaklee itu sendiri. Saya pun telah didaftarkan oleh coach Saya iaitu Mami Tini Badri.

Sudah hampir 1 tahun 5 bulan rupanya usia Saya bersama Shaklee. Sehingga ke saat ini Saya rasa bertuah sangat bila Allah gerakkan hati untuk menyertai group yang awesome dibawah kelolaan insan-insan yang luar biasa hebat ini. Mereka bukan sahaja berkongsi kebaikan produk tetapi ukhrawi juga. Di entry yang lain Saya kongsikan bagaimana ingin menjadi ahli. Dan disebabkan kebaikan produk itu sendirilah yang membuatkan Saya jatuh cinta dengan Shaklee.

Andai pengunjung blog Saya ingin mencuba supplimen kesihatan Shaklee, anda boleh hubungi Saya seperti kenyataan yang tertera dibawah yer..untuk perkhidmatan pos, Saya gunakan Poslaju dan COD untuk kawasan yang berdekatan dengan tempat tinggal Saya ok!

Sampai jumpa di lain entry!:)




SID: 947236
Fb: Nor Hawana Mohd Tahir
Call/SMS/Whatsapp: 010-2114231
Email: cikwana@gmail.com
COD: Kayan/Lekir/ Sitiawan/ Manjung
POSTAGE: Seluruh Malaysia





Wednesday, 1 October 2014

SAYA PENGEDAR SHAKLEE DI KAWASAN LEKIR, SITIAWAN PERAK

Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat pengunjung blog Khyranaeems Vitastore. Moga kalian yang mengunjungi blog Khyranaeems Vitastore ini beroleh kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki hendaknya. Buat kalian yang ingin mencari supplimen Shaklee,sekali lagi ingin Saya maklumkan yang Saya Pengedar Shaklee di kawasan Lekir Perak. Sekiranya kalian nak dapatkan vitamin semulajadi yang selamat lagi berkesan jangan segan untuk hubungi Saya yer.

Sedikit info mengenai kawasan Lekir, Lekir merupakan salah satu Mukim dibawah Majlis Perbandaran Manjung. Didalam mukim Lekir pula mempunyai sembilan buah Kampung. Salah satu daripadanya adalah Kampung Batu 15 Lekir. Disinilah tanah tumpah kelahiran Saya :)

Minta maaf yer, termasuk bab geografi pula. Bukan apa, sekadar ingin berkongsi dengan pengunjung blog Khyranaeems Vitastore saja. Jadi selepas ini sekiranya kalian yang berada dikawasan Lekir nak cari supplimen Shaklee jangan segan nak hubungi Saya yer...sebab Saya Pengedar Shaklee di Kawasan Lekir Perak. Kepada mereka yang berada diluar kawasan Lekir juga boleh mendapatkan supplimen Shaklee ini daripada Saya.




Sila hubungi Saya seperti penerangan yang ada dibawah ni Ok! :)

SID: 947236
Fb: Nor Hawana Mohd Tahir
Call/SMS/Whatsapp: 010-2114231
Email: cikwana@gmail.com
COD: Kayan/Lekir/ Sitiawan/ Manjung
POSTAGE: Seluruh Malaysia


Monday, 15 September 2014

SHAKLEE COLLAGEN POWDER::DARI SISIK IKAN MERAH

Benarkah kenyataan di atas? Ok entry kali ini Saya nak kongsi cerita berkaitan Shaklee Collagen Powder. Apa Shaklee Collagen Powder ni? ada manfaat ke bila kita amalkannya? Ok semuanya akan terjawab diperenggan seterusnya.


::APAKAH SHAKLEE COLLAGEN POWDER::

Shaklee Collagen Powder adalah serbuk kolagen daripada sumber premium kolagen Proprietari 'RSS Colllagen' iaitu dari sisik ikan merah. Kemudian ianya ditambah dengan 7 ramuan atau bahan aktif seperti ekstrak biji Camelia Japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kulit kerangan laut, Lactobacillus acidophilus, Vitamin C, Vitamin B2 dan B6.

RSS Collagen + 7 Bahan aktif



::KEBAIKAN KOLAGEN::

 

  • Anti Penuaan - Mengecilkan liang pori-pori yang kelihatan, menghilangkan kedutan dan garis-garis halus.
  • Melembap - Melembapkan kulit bagi mengurangi rasa kering dan gatal pada muka.
  • Mencerah - Mengurangi pigmentasi, jeragat dan kulit tidak sekata.
  • Menegang - Membantu menegang dan menganjalkan payudara.
  • Menyubur - Menjadikan rambut lebih sihat, tidak mudah gugur dan bercabang, tebal dan bersinar.
  • Meningkatkan Pergerakan - Menyokong kesihatan sendi dan kekuatan tulang.
  • Mengembalikan Keanjalan - Menjadi kulit lebih tegang, anjal dan lembut.




::SIAPAKAH YANG PERLUKAN SHAKLEE COLLAGEN POWDER::


  • Gusi yang tidak sihat
  • Terdapat garis-garis halus kesan ketawa
  • Kedutan lingkaran hitam bawah mata, kesan bengkak bawah mata dan penglihatan kabur
  • Rambut kering dan hujung bercabang
  • Pigmentasi, jeragat, kulit kering
  • Garis halus pada leher
  • Kulit hilang keanjalan, lebih kering
  • Kelihatan tua daripada usia sebenar
  • Organ dalaman tidak berfungsi dengan berkesan.
  • Payudara dan Punggung kelenturan
  • Kehilangan kalsium, sakit belakang, sakit sendi
  • Kulit senang pecah dan kekuningan.

::TESTIMONI PENGGUNA SHAKLEE COLLAGEN POWDER::

TESTIMONI 1

TESTIMONI 2

TESTIMONI 3




SID: 947236
Call/SMS/Whatsapp: 010-2114231
Email: cikwana@gmail.com
COD: Kayan/Lekir/ Sitiawan/ Manjung
POSTAGE: Seluruh Malaysia










Tuesday, 20 May 2014

::MEAL SHAKES BANTU ANAK SELERA MAKAN::

Benarkah kenyataan di atas???



Ok, ni yang saya syok nak share ngan kengkawan semua. Alkisahnya macam ni, anak sulung saya Nur Khayra Nazneen dari lahir sampai la umur 5 tahun adalah regular customer kat klinik kesihatan yang saya selalu bawa anak-anak untuk buat check up bulanan. Alasannya berat anak saya tu tak seimbang dengan usianya. Nak dijadikan cerita, masa mula-mula saya join Shaklee tahun lepas...masa tu tengah promosi Meal Shakes Shaklee, memang tak lepaskan peluang la beli untuk puteri saya yang seorang ni.



Alhamdulillah berkat saya bagi dia minum Meal Shakes memang nampak la perubahannya selepas 2 bulan amalkan Meal Shakes berat anak saya naik tau! happy sangat. Dan buat penegetahuan semua, sehingga ke saat ini.. Alhamdulillah anak saya diberikan kesihatan yang baik. Kalau dulu dia kerap juga demam tapi sekarang sekalipun dia batuk atau selsema..dia tetap kekal aktif bermain. Syukur sangat. 



Ok kat bawah ni anak sulong saya bersama Meal Shakes nya. 

Selera makan

Selsema




APA ITU MEAL SHAKES SHAKLEE?

  • Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan.
  • Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap 9 Asid Amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.
  • Ia diperbuat daripada bahan semulajadi seperti sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu)
  • Lactalbumin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protin yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari bayi hingga ke orang dewasa.

SIAPA YANG PERLUKAN MEALSHAKES?

  • Kanak-kanak
  • Pelajar
  • Ibu mengandung
  • Para Atlet
  • Orang yang sibuk
  • Orang sakit
  • Orang yang sukar menelan tablet
Picky Eater
Siapa yang Perlukan Meal Shakes

7 SEBAB MEAL SHAKES PENTING UNTUK ANAK ANDA

  1. Mengandungi asid folik, biotin, kalsium dan magnesium untuk bina tulang dan sel-sel dalam proses pembesaran.
  2. Kaya dengan PROTEIN yang membantu menyihatkan sel-sel.
  3. Mengandungi vitamin A, C, D, Zink dan selenium sebagai anti-oksida.
  4. Mengandungi lengkap Vitamin B Komplek besi untuk membentuk sel darah merah yang sihat.
  5. Lengkap dengan 24 jenis VITAMIN dan MINERAL.
  6. Kaya dengan serat larut yang membantu menyingkirkan lemak berlebihan daripada kolon dan perut.
  7. Minuman Multivitamin yang berperisa vanila yang lengkap tanpa pewarna dan perasa tiruan.


MEAL SHAKES - FRENCH VANILLA
RM 113.75 = 544g



SID: 947236

Fb: Nor Hawana Mohd Tahir
Call/SMS/Whatsapp: 010-2114231
Email: cikwana@gmail.com
COD: Kayan/Lekir/ Sitiawan/ Manjung
POSTAGE: Seluruh Malaysia












Saturday, 17 May 2014

ADA APA DENGAN GLA COMPLEX??

GLA Complex boleh dianggap teman baik golongan Hawa setiap kali datang bulan. Apa yang best sangat pasal GLA ni yer? Meh sini Saya nak kongsi dengan semua apa keistimewaan GLA Complex ni..Selain dari masalah senggugut, GLA Complex juga boleh membantu pasangan suami isteri yang inginkan zuriat sendiri. Semuanya berlaku dengan keizinan Allah SWT. Sebagai hamba selayaknya untuk kita berikhtiar dengan bermacam cara selagi ianya tidak bercanggah dengan ajaran agama kita. Bagi yang bukan Islam hendaklah berikhtiar dengan sesuatu yang tidak memudaratkan kesihatan sendiri

GLA COMPLEX SHAKLEE
GLA (gamma linolenic acid) menurunkan kolesterol dan ia membantu melegakan sindrom pra haid (PMS) seperti senggugut, dan membantu meningkatkan lendir servik yang berkualiti untuk kesuburan. GLA  juga membantu dalam melegakan kesakitan dan kekejangan kerana GLA ditukarkan kepada prostagdalin E1.


Bagaimana GLA Complex boleh membantu wanita yang ingin hamil cepat?
GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Jika anda perasan  sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu,iaitu sewaktu subur. Namun, tidak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya itu subur. 

Di sinilah fungsi GLA untuk membantu penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, di mana ia membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum.Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari. Jadi, sekiranya tidak kena hari subur pun masih ada peluang sebab sperma masih ada di situ sampai hari ke-5.

Jadi, kawan2 yang masih belum dikurniakan rezeki anak, cuba periksa cecair serviks yer. 


Kalau cecair tu tebal, kecoklatan dan kering itu petanda kurang baik sebab ia boleh menghalang persenyawaan.


Siapakah yang memerlukan GLA-COMPLEX?

  • Kencing Manis
  • Ingin hamil
  • Haid tidak teratur (untuk kesuburan)
  • Pesakit kencing manis
  • Arthritis
  • GLA boleh menghilangkan sakit sendi, bengkak, dan kekejangan pada waktu pagi
  • Payudara fibrocystic
  • Bermasalah kulit
  • Osteoporosis
  • PMS (meredakan senggugut)
  • Alahan.
  • Attention Deficit / Hyperactivity Disorder (ADHD).

  • Ketagihan lkohol.
  • Kanser (cyst dan fyboid)
  • Tekanan Darah Tinggi dan Penyakit Jantung.
  • Ulser
  • Kuruskan badan
  • lelaki yang telah andropaus (menopaus bagi lelaki)
  • orang dewasa dan juga bagi wanita yang telah menopaus
  • untuk kanak-kanak (potong gel dan campurkan bersama makanan),
  • remaja yang membesar,
  • ibu menyusu

Siapa Tidak Perlu GLA-COMPLEX
  • IBU YANG HAMIL - GLA tidak boleh digunakan semasa hamil kerana ianya boleh merosakkan janin dan mencetuskan kelahiran awal.
  • SAWAN - Omega-6 tambahan tidak perlu diambil jika anda mempunyai sawan. GLA yang tinggi boleh meningkatkan risiko sawan.



Hamil
GLA Complex = RM 91.25(60 Biji)


 CADANGANSET VITAMIN: 


Senggugut
Ostematrix  RM61 =120Biji
GLA Complex RM91.25 = 60Biji



TESTIMONI 


Sakit PMS


SID: 947236
Fb: Nor Hawana Mohd Tahir
Call/SMS/Whatsapp: 010-2114231
Email: cikwana@gmail.com
COD: Kayan/Lekir/ Sitiawan/ Manjung
POSTAGE: Seluruh Malaysia