Sunday, 15 March 2015

.::^ TIPS ATASI GASTRIK SECARA SEMULAJADI DAN SELAMAT^::.

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua. Nak tanya ni...Siapa kat sini yang pernah alami gastrik masa mengandung?Ni pengalaman Saya la kan..setiap kali mengandung Saya memang mudah diserang gastrik. Ingat lagi masa mengandung,memang sengsara la juga menahan rasa sakit ni. Kesudahannya pergi klinik ambik ubat kapur yang warna putih tu..Saya panggil ubat kapur je.. :). Saya nak share dengan semua tips macamana nak atasi gastrik ni secara semulajadi dan yang penting ialnya selamat.

Okay, mesti semua nak tahu kan.. apa benda gastrik ni??  biar Saya terangkan secara ringkas..gastrik ni terjadi akibat daripada dinding permukaan didalam perut kita yang telah terhakis disebabkan oleh asid yang dikeluarkan oleh perut  untuk mencernakan makanan. Gastrik ni pula terbahagi kepada dua jenis iaitu gastritis dan ulser perut atau peptik. Gastritis adalah keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut. Manakala Ulser perut atau peptik  ni terjadi pada lapisan sel yang lebih teruk berbanding gastritis..


Gastrik Kronik

Mesti semua nak tahu apa tanda-tanda gastrik ni kan? Okay, kat bawah ni antara tanda-tanda gastrik. So, lepas ni korang boleh periksa sendiri tahap kesihatan perut masing-masing yer.

  • Sakit dibahagian atas abdomen.
  • Rasa senak, berangin atau pedih ulu hati.
  • Rasa mual dan nak muntah.
  • Kembung, sendawa berulang kalu dan kerap kentut selepas makan
  • Berat badan turun sekiranya diperingkat teruk. 
Dah tahu tanda-tanda gastrik, Tentu nak tahu punca atau asbab gastrik ni kan..Antara punca-puncanya adalah

  • bila kita tak jaga waktu makan dengan betul atau bahasa mudah skip meal.. Saya la tu..kalau masa mengandung sebab takde selera. 
  • Tekanan pun boleh jadi punca gastrik ni.
  • Pengambilan ubat-ubat penahan sakit seperti Ponstan & Voltaren (dalam jangkamasa panjang)
  • Sejenis kuman iaitu Helicobacter Pylori (H pi lori)- kuman ni berupaya melemahkan lapisan mukosa.
  • Merokok & minuman keras - sebab asap rokok boleh mencederakan lapisan pertahanan.
Okay, kat bawah ni ada tips atasi gastrik secara semulajadi dan selamat:

  • Jaga pemakanan secara teratur & ubah gaya hidup selain makan ubat.
  • Berhenti merokok & minum minuman beralkohol.
  • Makan sedikit-sedikit tetapi kerap supaya perut tak kosong.
  • Kurangkan makanan berempah, bercili & masam.
  • Kurangkan minuman berkafein.
  • Ambil susu kerana susu bersifat alkali yang boleh kurangkan keasidan perut.
  • Kurangkan pengambilan makanan yang disifatkan berangin.
Selain daripada tips atasi gastrik di atas, kat bawah ni ada cadangan vitamin untuk penghidap gastrik.


Cadangan Vitamin Shaklee untukGastrik:


Vitamin Gastrik Semulajadi


ESP - Energizing Soy Protein - ESP merupakan sumber protein daripada kacang soya yang merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkali dimana ianya dapat meneutralkan keasidan dalam perut. Disamping itu, nutrien protein yang terkandung dalam ESP sangat membantu sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan.

Ostematrix - Merupakan supplement kalsium yang lengkap dengan Magnesium dan Vitamin D. Jadi pesakit gastrik disaran untuk mengambil susu atau kalsium. Ini kerana ianya bersifat alkali dan mampu meneutralkan asid yang telah memasuki asofogus dan menyebabkan pedih ulu hati.

Peppermint Ginger Plus - Mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dam jintan manis. Ianya memberikan rasa yang nyaman dan melegakan ketidakselesaan perut serta membuang angin dalam badan. Peppermint Ginger Plus juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi.

Okay kat bawah ni ada perkongsian daripada Puan Fara Hana  yang telah sengsara mengalami gastrik kronik selama sepuluh tahun. Apakah rahsia Puan Fara Hana kembali cergas dan bebas gastrik. Ikuti tips atasi gastrik secara semulajadi dan selamat oleh Puan Fara yer. Moga bermanfaat buat pembaca semua yer.

Sengsara Gastrik Kronik 10 Tahun Terubat Secara Tak Sengaja? Biar Betul... from iReach HD on Vimeo.

Hubungi Saya disini untuk info lanjut & order yer :)

Call/SMS/Whatsapp/Telegram:010-2114231
COD:Kayan/ Lekir/Sitiawan/Manjung
POSTAGE: Seluruh Malaysia

No comments:

Post a Comment