Saturday, 25 July 2015

~^ASAM GELUGUR OH! ASAM KEPING^~


Salam Syawal ke-9 semua..terlampau sangat dalam mood raya sampai blog pun bersawang..huhu..belum terlewat nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat pengunjung blog Khyranaeems Vitastore..Moga kalian sentiasa dalam lindungan Allah SWT..Okay, Saya nak share kisah asam gelugur oh! Asam keping la hari ni..

Tiba- tiba teringatkan kejadian sewaktu Saya dan kawan-kawan sekerja bertandang ke rumah keluarga mertua sahabat Saya ni..sahabat yang merangkap anak downline Saya dalam bisnes Shaklee..Kali pertama terpandangkan buah asam gelugur a.k.a asam keping.

Penawar Darah Tinggi
Asam Gelugur Muda

Rumah keluarga mertua sahabat Saya ni terletak di Kampung Pauh Bukit Gantang Perak. Masa ni Saya dan rakan sekerja ditugaskan berkhidmat di Kampung Selinsing. Pertama kali menjejakkan kaki di daerah ini walaupun Saya memang anak jati Perak tapi bukan semua tempat di Perak yang saya sampai. Seronok juga bila sesekali menjejakkan kaki di kampung orang ni..

Berbalik kepada kisah asam gelugur oh!asam keping tadi, memang menarik sangat hati Saya dengan buah asam gelugur ni. Di kampung mertua sahabat Saya ni memang dikelilingi pokok-pokok buah-buahan. Ada pokok asam gelugur, pokok durian dan semestinya pokok pauh atau nama glamer orang kampung Saya panggil pokok pelam.

Keluarga mertua sahabat Saya memang memproses asam gelugur untuk dijadikan asam keping. Kalau tengokkan asam gelugur yang telah dihiris menggunakan alat pemotong khas untuk buah ini memang sangat mengkagumkan dan menarik minat kami yang datang. Siap mintak bawa balik lagi...

Saya memang tak lepaskan peluang untuk bawa balik buah asam gelugur untuk dicuba sendiri dirumah. Kiranya tahan berbulan la Saya tak perlu nak membeli asam keping.

Sebenarnya beruntung juga penduduk disini sebab tak perlu nak beli asam keping, sebiji buah asam gelugur tu dah boleh tahan berbulan. Saya memang suka cari yang homemade ni nampak segar dan warnanya sangat cantik. Kalau kat pasar harga sepiring kecil asam keping ni RM2 tau. 



Kata orang asam keping ni bagus untuk turunkan bacaan darah tinggi. Mungkin sebab rasanya yang masam tu. Tapi tak semua orang boleh tahan rasanya yang terlalu masam tu. Kalau Saya buat masak lemak cili padi memang wajib masukkan asam keping banyak sikit sebab suka masamnya tu..

Banyak sebenarnya kegunaan asam keping ni...pada penghidap hipertensi kalau tak lalu nak makan asam keping..Saya syorkan supplimen kesihatan semulajadi Shaklee ni..

Cadangan Set Darah Tinggi


Okay, sampai sini dulu..jumpa di lain entry. Seperti biasa untuk khidmat bantuan berkaitan supplimen Shaklee roger Saya kat sini naa.. :)


Call/SMS/Whatsapp/Telegram:010-2114231
COD:Kayan/ Lekir/Sitiawan/Manjung
POSTAGE: Seluruh Malaysia

Saturday, 4 July 2015

RESEPI CHEESEKUT CAIR DIMULUT ENAK DITEKAK KHYRANAEEM

Assalamualaikum semua..Apa khabar? didoakan korang semua sihat dan dilindungi Allah SWT. Selamat menjalani ibadah puasa. Diam tak diam hari ni dah hari ke 17 seluruh umat Islam berpuasakan..Semoga puasa kita semua diterima Allah SWT. Sempena cuti Nuzul Al-Quran ni Saya plan nak buat cheesekut la untuk anak-anak syurga Saya..Bukan saja anak-anak yang suka makan..mak budak pun suka juga tau..meh Saya kongsikan resepi Cheesekut cair dimulut enak ditekak Khyranaeem..InshaAllah untuk korang jugak!! ;)

Salah satu aktiviti Saya di masa lapang adalah mencuba resepi yang simple macam Cheesekut ni la..Sebenarnya dah banyak kali juga la Saya buat..bila dah terror sikit Saya pun dengan slumbernya mengolah mengikut citarasa dan keinginan tekak kami anak-beranak...hihi. Saya suka gunakan biskut crackers deluxe original flavor dari Hup Sen..biskutnya yang lemak masin ni terasa bila kita gabungkan dengan creamcheese nanti..Okay kat bawah ni bahan-bahan yang Saya gunakan untuk Cheesekut.

Bahan-bahan CheesekutBiskut Deluxe Crackers Original Falavor (brand Hup Seng)
Fresh Milk Dutch Lady
Nestum
Milo
Oreo
Mealshakes
Susu pekat

Cara-cara nak buat Cheesekut ni macam ni ye..

Step 1. 
Korang kena putar Creamcheese dan susu pekat dalam 1/2 cawan dalam mixer atau blender (Kuguna blender saje)



Step 2.
Ambil loyang empat segi atau tupperware dan seangkatan dengannya untuk kita susun biskut.



Step 3
Dalam bekas lain tuangkan freshmilk ke dalam mangkuk untuk celup biskut selama 3 saat. (Just balik2 kan je)



Step 4.
Kini tiba proses menyusun biskut yang telah dicelup tadi..setelah selesai susun biskut untuk layer pertama,..masa ditunggu2 untuk mem'piping' creamcheese pun tiba..(tengok kat bawah)



Step 5. 
Selepas disapu creamcheese, korang boleh tabur kat atas creamcheese tadi dengan nestum ke, oreo ke, milo ke dan kalau ada Mealshakes Shaklee pun boleh tau..at least lain dari yang lain sikit.. 



* Kemudian korang ulang Step 2 hingga 5 sampai selesai okay:) Selamat mencuba!



Step 1 & Step 2


Step 3

Step 4 & Step 5

Done Cheesekut Ready To Eat


Okey, Selamat Mencuba Cheesekut dari Saya..Kalau korang nak tambah Snek sihat boleh letakkan Mealshakes diatasnya..Tak tau macamane nak dapatkan Mealshakes?? Boleh je terus menghubungi Saya disini


Call/SMS/Whatsapp/Telegram:010-2114231
COD:Kayan/ Lekir/Sitiawan/Manjung
POSTAGE: Seluruh Malaysia

7 PETANDA MASALAH KESIHATAN PUNCA BADAN LESU

Kita sering menyalahkan keadaan sibuk bekerja dan melaksanakan tugas harian sebagai punca badan lesu. Tetapi bagaimana pula jika keletihan tadi bukan disebabkan oleh masalah sibuk bekerja atau aktiviti harian.KIta disarankan melakukan perubahan sekiranya hal sebegini bukan berpunca daripada aktiviti harian. Terdapat 7 petanda masalah kesihatan punca badan lesu.Antaranya adalah:
  • Tiroid. 
Ia terjadi jika hormon tiroid bermasalah, sekiranya kita melakukan aktiviti biasa yang menyebabkan kita mudah letih. Ini kerana kelenjar tiroid lazimnya ditemui di bahagian leher yang menghasilkan hormon akan mengawal metabolisme. Manakala hipertiroid pula menyebabkan kita mudah lemah otot dan akan mula menyerang peha. Penyakit tiroid ini boleh dikesan melalui ujian darah.

Gadis Kemurungan

  • Anemia
Biasanya berpunca daripada kekurangan sel darah merah yang menyalurkan oksigen dari paru-paru ke dalam sel dan tisu. Ia boleh menyebabkan masalah sesak nafas dan lemah. Anemia juga disebabkan oleh kekurangan zat besi dan vitamin. Ibu mengandung dan menyusukan anak sangat memerlukan zat besi tambahan untuk keperluan tubuh mereka.
  • Diabetis
Okay, penyakit yang membimbangkan semua orang. Ini kerana 1 juta orang didunia didiagnosis diabetis 2 setiap tahun. Ia berpunca apabila glukosa tidak memberi tenaga untuk tubuh. Ia terjadi disebabkan oleh pesakit itu sendiri tidak mengambil sukatan yang betul menyebabkan gula terkumpul dalam darah dan mengakibatkan badan lesu.

Diabetis Punca Badan Lesu

  • Rheumatoid Arthritis (RA)
Ia berlaku apabila sistem imun menyerang tisu sendi yang sihat. Serangan ini boleh menyebabkan kerosakan tulang dan tulang rawan. Kesannya pesakit akan mengalami rasa lesu yang melampau, kurang bertenaga, tiada selera makan dan sengal sendi. RA juga merupakan penyakit yang selalu menyerang golongan berusia.
  • Kemurungan
Setiap orang berbeza namun sesuatu yang ketara dilihat adalah mereka yang mengalaminya tidak bertenaga. Mereka yang mengalami kemurungan bukan sahaja menyebabkan fizikal lemah tetapi ianya juga menyebabkan mental. Kemurungan tidak boleh dipandang enteng dan perlu segera mencari solusi untuk tanggani masalah ini agar kehidupan kembali produktif.

Badan Lesu Tidak Produktif dalam Menjalankan Aktiviti Harian

  • Masalah Tidur atau Imsomnia
Mereka yang sukar tidur juga boleh menyebabkan badan lesu. Ini kerana masa yang diperuntukkan untuk tidur tidak dapat dilaksanakan sebaik mungkin. Mereka yang mengalami imsomnia boleh mengganggu jadual harian dan sekiranya tidak dibendung boleh mengundang penyakit kronik.
  • Keletihan Kronik
Keletihan yang terlampau ini  muncul secara tiba-tiba datang dan pergi tidak mengira waktu. Kadang-kadang apabila menjalankan aktiviti yang biasa atau mudah juga boleh mengakibatkan diri mengalami keletihan yang kronik. Hal ini perlu segera dibendung kerana ianya tidak boleh diselesai hanya dengan tidur. Perlu merujuk kepada pakar kerana ia boleh menjejaskan kesihatan dan aktiviti harian.

Cara atasi 7 tanda masalah kesihatan punca badan lesu adalah mereka yang mengalami masalah begini hendaklah mendapatkan tidur yang secukupnya, mereka juga perlu mengurangkan aktiviti sosial. Disamping itu, pengambilan makanan yang berkhasiat sangat penting untuk atasi punca badan lesu ini.Selain pemakanan, pengambilan air kosong yang banyak juga perlu supaya badan mendapat oksigen yang cukup dan boleh terhindar daripada masalah lesu yang melampau.

Saya ada sebuah video yang ingin dikongsikan dengan anda.Moga perkongsian daripada Puan Lyna  ini dapat membantu anda diluar sana agar tidak mudah lesu dan sentiasa  produktif dalam melaksanakan aktiviti harian. Selamat menonton!


Atasi Badan Letih Lesu Setiap Kali Travel. Say NO to Panadol or MC Lagi Dah! from iReach HD on Vimeo.



Sebarang info atau maklumbalas berkaitan produk dan sebagainya, anda boleh menghubungi Saya disini.

Call/SMS/Whatsapp/Telegram:010-2114231
COD:Kayan/ Lekir/Sitiawan/Manjung
POSTAGE: Seluruh Malaysia




Thursday, 2 July 2015

::7 Tip Bakar Kalori Tanpa Senaman::

7 tip bakar kalori tanpa senaman? Boleh percaya ke tu?mesti anda tertanya-tanyakan, macamana hendak diet tanpa perlu senaman ni..tanpa perlu bermandi peluh di trek joging atau gimnasium? Sebenarnya ada je cara yang paling mudah untuk kita amalkan. Okay, meh Saya kongsikan 7 tip bakar kalori tanpa senaman dengan anda semua yer..

  • Tip 1: Buang ABC

Tahu tak penghalang utama untuk kurus adalah ABC. Jangan terkejut ye, A adalah Alkohol, B adalah bread (roti) dan C adalah Complex Carbohydrates (Karbohidrat Kompleks). Oleh itu sebagai langkah pertama, perkara yang perlu dikikis jika mahu berdiet ialah mengikis tabiat meminum alkohol(kepada mereka yang mengambil alkohol). Kemudian kurangkan pengambilan makanan berkarbohidrat tinggi terutamanya nasi dan roti. Dengan izinNya membantu.

  • Tip 2: Tidur Untuk Kurus.

Betul ke ni tidur dapat menurunkan berat badan? Okay, menurut pengkaji kesihatan, kadar metabolisme seseorang itu meningkat sebanyak 40peratus jika ia menikmati tidur yang secukupnya (sukanye Saya..maklumlah ratu tidurkan..hihi). TAPI jangan pula tidur berlebihan silap gaya badan boleh jadi gemuk tau..Jadi tidurlah sekadar mengumpul tenaga untuk esok.

Bakar Kalori Tanpa Senaman




Okay tip ni memang penting sebab sebagai langkah awal untuk memulakan hari sarapan merupakan pembekal tenaga utama selepas semalaman kita tidur. Jadi otak dan badan perlukan sangat bekalan untuk jana kembali sistem badan. Selain itu untuk elak lapar pada siang hari.

  • Tip 4: Minat Makanan Rempah

Apa kena mengena makanan rempah pula ni.. Okay, ni menurut pengkaji diet dari Jepun, katanya makanan yang mempunyai rempah seperti lada hitam, lada merah, lada hijau dan lada sulah mampu meransang pembakaran lemak. Jadi rajin- rajinkanlah diri untuk mencuba makanan yang berempah yer.

  • Tip 5: Tinggalkan C.S.I.?

Apa kaitan CSI untuk kurus ni? C.S.I. ni sebenarnya bukanlah Crime Scene Investigation tu..tapi C.S.I ialah Chocolate, Snack dan Icecream!. Pastikan dalam peti sejuk korang bebas daripada makanan ringan tersebut jika nak matlamat membakar kalori tercapai okay!. Suka diingatkan makanan yang dianggap ringan ni sebenarnya 'membunuh' diet anda tau!

Makanan Tinggi Kalori Punca Diet Tak Menjadi

  • Tip 6 : Minum Air Sebelum Makan.

Okay tip ni Saya memang amalkan, salah satu sebabnya bagi mengelakkan diri Saya daripada tercekik semsa tengah makan dan yang paling penting adalah apabila kita minum segelas air sebelum makan ia membantu mengurangkan selera makan kita. Ini kerana bila air banyak dalam badan ia memberi kelebihan kepada tubuh sebenarnya. Secara tidak langsung boleh membantu untuk kurus. Tapi pastikan kita mengambil air kosong ye bukan air manis atau bergas. Baru la dapat membantu untuk kurus.

  • Tip 7 : Tanggani Malam Anda.

Tabiat berjaga hingga larut malam membuatkan seseorang cenderung untuk rasa lapar. Saya sendiri begitu. Mesti ada je kudapan atau jajan yang nak disumbat ke dalam mulut. Perkara seperti ini secara tak langsung apabila waktu tidur dah melepasi tengah malam, maka kecenderungan untuk rasa lapar itu tinggi. Oleh itu, jom sama-sama kita urus waktu tidur agar tabiat makan selepas tengah malam tidak terua mengganggu diet kita!


Selain amalkan tip-tip di atas, anda boleh juga amalkan pengambilan makanan tambahan seperti dibawah. Ia bertujuan membantu badan untuk memenhhi nutrien yang lopong didalam tubuh akibat diet. Ini kerana makanan tambahan semulajadi ini menggunakan konsep 3B dimana ianya memerlukan proses buang, bakar dan bina.. buang toksik yang berlebihan dalam badan kemudian bakar lemak-lemak degil seterusnya bina otot.


Cadangan Set Diet Yang Berkonsep 3B


Di bawah ini ada sebuah perkongsian melalui seorang Puan yang berjaya slim selepas bersalin kesan daripada pengambilan vitamin Sh4klee..Selamat menonton!





Kurus Selepas Bersalin Sampai Turun 20kg! Wow! from iReach HD on Vimeo.

Sebarang pertanyaan berkaitan produk boleh hubungi Saya disini:

Call/SMS/Whatsapp/Telegram:010-2114231
COD:Kayan/ Lekir/Sitiawan/Manjung
POSTAGE: Seluruh Malaysia