Saturday, 4 July 2015

7 PETANDA MASALAH KESIHATAN PUNCA BADAN LESU

Kita sering menyalahkan keadaan sibuk bekerja dan melaksanakan tugas harian sebagai punca badan lesu. Tetapi bagaimana pula jika keletihan tadi bukan disebabkan oleh masalah sibuk bekerja atau aktiviti harian.KIta disarankan melakukan perubahan sekiranya hal sebegini bukan berpunca daripada aktiviti harian. Terdapat 7 petanda masalah kesihatan punca badan lesu.Antaranya adalah:
  • Tiroid. 
Ia terjadi jika hormon tiroid bermasalah, sekiranya kita melakukan aktiviti biasa yang menyebabkan kita mudah letih. Ini kerana kelenjar tiroid lazimnya ditemui di bahagian leher yang menghasilkan hormon akan mengawal metabolisme. Manakala hipertiroid pula menyebabkan kita mudah lemah otot dan akan mula menyerang peha. Penyakit tiroid ini boleh dikesan melalui ujian darah.

Gadis Kemurungan

  • Anemia
Biasanya berpunca daripada kekurangan sel darah merah yang menyalurkan oksigen dari paru-paru ke dalam sel dan tisu. Ia boleh menyebabkan masalah sesak nafas dan lemah. Anemia juga disebabkan oleh kekurangan zat besi dan vitamin. Ibu mengandung dan menyusukan anak sangat memerlukan zat besi tambahan untuk keperluan tubuh mereka.
  • Diabetis
Okay, penyakit yang membimbangkan semua orang. Ini kerana 1 juta orang didunia didiagnosis diabetis 2 setiap tahun. Ia berpunca apabila glukosa tidak memberi tenaga untuk tubuh. Ia terjadi disebabkan oleh pesakit itu sendiri tidak mengambil sukatan yang betul menyebabkan gula terkumpul dalam darah dan mengakibatkan badan lesu.

Diabetis Punca Badan Lesu

  • Rheumatoid Arthritis (RA)
Ia berlaku apabila sistem imun menyerang tisu sendi yang sihat. Serangan ini boleh menyebabkan kerosakan tulang dan tulang rawan. Kesannya pesakit akan mengalami rasa lesu yang melampau, kurang bertenaga, tiada selera makan dan sengal sendi. RA juga merupakan penyakit yang selalu menyerang golongan berusia.
  • Kemurungan
Setiap orang berbeza namun sesuatu yang ketara dilihat adalah mereka yang mengalaminya tidak bertenaga. Mereka yang mengalami kemurungan bukan sahaja menyebabkan fizikal lemah tetapi ianya juga menyebabkan mental. Kemurungan tidak boleh dipandang enteng dan perlu segera mencari solusi untuk tanggani masalah ini agar kehidupan kembali produktif.

Badan Lesu Tidak Produktif dalam Menjalankan Aktiviti Harian

  • Masalah Tidur atau Imsomnia
Mereka yang sukar tidur juga boleh menyebabkan badan lesu. Ini kerana masa yang diperuntukkan untuk tidur tidak dapat dilaksanakan sebaik mungkin. Mereka yang mengalami imsomnia boleh mengganggu jadual harian dan sekiranya tidak dibendung boleh mengundang penyakit kronik.
  • Keletihan Kronik
Keletihan yang terlampau ini  muncul secara tiba-tiba datang dan pergi tidak mengira waktu. Kadang-kadang apabila menjalankan aktiviti yang biasa atau mudah juga boleh mengakibatkan diri mengalami keletihan yang kronik. Hal ini perlu segera dibendung kerana ianya tidak boleh diselesai hanya dengan tidur. Perlu merujuk kepada pakar kerana ia boleh menjejaskan kesihatan dan aktiviti harian.

Cara atasi 7 tanda masalah kesihatan punca badan lesu adalah mereka yang mengalami masalah begini hendaklah mendapatkan tidur yang secukupnya, mereka juga perlu mengurangkan aktiviti sosial. Disamping itu, pengambilan makanan yang berkhasiat sangat penting untuk atasi punca badan lesu ini.Selain pemakanan, pengambilan air kosong yang banyak juga perlu supaya badan mendapat oksigen yang cukup dan boleh terhindar daripada masalah lesu yang melampau.

Saya ada sebuah video yang ingin dikongsikan dengan anda.Moga perkongsian daripada Puan Lyna  ini dapat membantu anda diluar sana agar tidak mudah lesu dan sentiasa  produktif dalam melaksanakan aktiviti harian. Selamat menonton!


Atasi Badan Letih Lesu Setiap Kali Travel. Say NO to Panadol or MC Lagi Dah! from iReach HD on Vimeo.



Sebarang info atau maklumbalas berkaitan produk dan sebagainya, anda boleh menghubungi Saya disini.

Call/SMS/Whatsapp/Telegram:010-2114231
COD:Kayan/ Lekir/Sitiawan/Manjung
POSTAGE: Seluruh Malaysia




No comments:

Post a Comment