Saturday, 25 July 2015

~^ASAM GELUGUR OH! ASAM KEPING^~


Salam Syawal ke-9 semua..terlampau sangat dalam mood raya sampai blog pun bersawang..huhu..belum terlewat nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat pengunjung blog Khyranaeems Vitastore..Moga kalian sentiasa dalam lindungan Allah SWT..Okay, Saya nak share kisah asam gelugur oh! Asam keping la hari ni..

Tiba- tiba teringatkan kejadian sewaktu Saya dan kawan-kawan sekerja bertandang ke rumah keluarga mertua sahabat Saya ni..sahabat yang merangkap anak downline Saya dalam bisnes Shaklee..Kali pertama terpandangkan buah asam gelugur a.k.a asam keping.

Penawar Darah Tinggi
Asam Gelugur Muda

Rumah keluarga mertua sahabat Saya ni terletak di Kampung Pauh Bukit Gantang Perak. Masa ni Saya dan rakan sekerja ditugaskan berkhidmat di Kampung Selinsing. Pertama kali menjejakkan kaki di daerah ini walaupun Saya memang anak jati Perak tapi bukan semua tempat di Perak yang saya sampai. Seronok juga bila sesekali menjejakkan kaki di kampung orang ni..

Berbalik kepada kisah asam gelugur oh!asam keping tadi, memang menarik sangat hati Saya dengan buah asam gelugur ni. Di kampung mertua sahabat Saya ni memang dikelilingi pokok-pokok buah-buahan. Ada pokok asam gelugur, pokok durian dan semestinya pokok pauh atau nama glamer orang kampung Saya panggil pokok pelam.

Keluarga mertua sahabat Saya memang memproses asam gelugur untuk dijadikan asam keping. Kalau tengokkan asam gelugur yang telah dihiris menggunakan alat pemotong khas untuk buah ini memang sangat mengkagumkan dan menarik minat kami yang datang. Siap mintak bawa balik lagi...

Saya memang tak lepaskan peluang untuk bawa balik buah asam gelugur untuk dicuba sendiri dirumah. Kiranya tahan berbulan la Saya tak perlu nak membeli asam keping.

Sebenarnya beruntung juga penduduk disini sebab tak perlu nak beli asam keping, sebiji buah asam gelugur tu dah boleh tahan berbulan. Saya memang suka cari yang homemade ni nampak segar dan warnanya sangat cantik. Kalau kat pasar harga sepiring kecil asam keping ni RM2 tau. 



Kata orang asam keping ni bagus untuk turunkan bacaan darah tinggi. Mungkin sebab rasanya yang masam tu. Tapi tak semua orang boleh tahan rasanya yang terlalu masam tu. Kalau Saya buat masak lemak cili padi memang wajib masukkan asam keping banyak sikit sebab suka masamnya tu..

Banyak sebenarnya kegunaan asam keping ni...pada penghidap hipertensi kalau tak lalu nak makan asam keping..Saya syorkan supplimen kesihatan semulajadi Shaklee ni..

Cadangan Set Darah Tinggi


Okay, sampai sini dulu..jumpa di lain entry. Seperti biasa untuk khidmat bantuan berkaitan supplimen Shaklee roger Saya kat sini naa.. :)


Call/SMS/Whatsapp/Telegram:010-2114231
COD:Kayan/ Lekir/Sitiawan/Manjung
POSTAGE: Seluruh Malaysia

No comments:

Post a Comment