Tuesday, 26 January 2016

^Apa itu Nephrotic Syndrome?^

Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Moga Korang yang membaca entry ini berada didalam lindungan Allah SWT. Hari ni nak kongsikan tentang penyakit Nephrotic Syndrome. Eh, apa Nephrotic Syndrome ni?? Pada yang tertanya-tanya apa lah penyakit Nephrotic Syndrome ni...Kita geng! hihi. Sebab Saya pun pertama kali dengar nama penyakit ni..Sebenarnya tu istilah saintifik..dengan kata lain Nephrotic Syndrome ini adalah Penapis Buah Pinggang Bocor.

Kaki Bengkak Tanda Nephrotic Syndrome


Sebenarnya, Nephrotic Syndrome ini berkait dengan masalah buah pinggang di mana buah pinggang normal Glomeruli iaitu sejenis penapis halus didalam buah pinggang. Ia berfungsi untuk menghalang albumin iaitu sejenis protein daripada terkeluar melalui air kencing. Penapis yang telah bocor akan mengeluarkan lebih 3gram protein melalui air kencing didalam masa 24jam setiap hari daripada badan. Ianya dipanggil Proteinuria.

Apabila pengeluaran protein keluar, Ia menyebabkan badan akan kehilangan banyak protein dari dalam darah (Hypoalbuminemia). Hati juga akan menghasilkan lebih banyak lemak didalam darah. Nephrotic Syndrome ini berlaku lebih banyak dikalangan Kanak-kanak berbanding Dewasa. Punca sebenar tidak diketahui tetapi ada juga disebabkan oleh jangkitan kuman didalam darah seperti Syphilis, Penyakit autoantibodi seperti SLE (Systemic Lupus Erythematosus), Penyakit darah sejak lahir seperti Sickle Cell Desease dan Kencing Manis.



Antara tanda seseorang itu menghidap Nephrotic Syndrome adalah seperti berikut:

  • Penghidap jadi lemah dan tidak bermaya
  • Kencing berbuih-buih
  • Mata dan Muka kelihatan bengkak pada waktu pagi
  • Kaki kelihatan bengkak akibat berdiri pada sebelah petang
  • Perut Kembung
  • Cirit birit.
Selalunya cara untuk merawat penyakit Nephrotic Syndrome ini adalah dengan kaedah Biopsi iaitu sedikit sampel tisu buah pinggang akan diambil untuk menentukan jenis Nephrotic Syndrome. Ubat steroid yang diambil untuk masalah ini sebenarnya memberi kesan sampingan dan boleh menyebabkan komplikasi kepada penghidap Nephrotic Syndrome. 

Cara lain penghidap Nephrotic Syndrome ini boleh mengamalkan DIET iaitu dengan mengawal pengambilan garam supaya ianya tidak berlebihan. Bagi yang mengalami bengkak air (EDEMA), pengambilan air secara berlebihan juga perlu dikawal agar tidak berlebihan. Sangat penting bagi penghidap Nephrotic Syndrome mengawal pengambilan kalori dan protein dalam menu harian mereka.

Disini Saya ingin berkongsi kisah seorang Lelaki yang bebas daripada Nephrotic Syndrome hanya konsisten dengan pengambilan minuman botani sahaja. Klik Sini 


Sebarang pertanyaan atau pesanan berkaitan vitamin semulajadi, Korang boleh pilih nak hubungi Saya melalui medium dibawah ni yer.. Sampai jumpa lagi dilain entry.. :)




Call/SMS/Whatsapp/Telegram:010-2114231
COD:Kayan/ Lekir/Sitiawan/Manjung
POSTAGE: Seluruh Malaysia




No comments:

Post a Comment