Monday, 25 January 2016

::::Makanan Untuk Bina Antibodi Anak-anak Tersayang::::

Kesihatan Kanak-kanak sangat penting dalam situasi negara kita Malaysia yang mengalami jerebu dan hujan panas yang tidak kira waktu. Sebagai Ibubapa, mesti risaukan akan kesihatan anak-anak tersayang. Cukup ke sekadar risau tanpa membekalkan mereka makanan terbaik untuk bina antiodi anak-anak kita. 

Sedikit perkongsian dari apa yang Saya baca dan dikongsi bersama dengan Korang yang Saya sayangi. Moga sama-sama dapat membantu untuk bina antibodi anak-anak kita yer. 

Makanan Sihat



Apa yang perlu untuk meningkatkan antibodi anak-anak:

Vitamin C
Makanan yang kaya vitamin C mampu menguatkan keimunan tubuh dengan meningkatkan penghasilan sel darah putih dan antibodi untuk memerangi kuman yang menyebabkan jangkitan penyakit. Kuatkan antibodi si kecil dengan pengambilan sekurang- kurangkannya enam hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran. Buah sitrus, betik, mangga, kiwi, brokoli,lada benggala, tomato dan ubi kentang.

Vitamin E
Vitamin E berupaya merangsang sel untuk menghapuskan kuman seperti sel B yang menghasilkan antibodi melawan bakteria. Antara makanan punca vitamin E ialah kekacang, biji bunga matahari, minyak sayuran,bijirin penuh, zaitun, legum,asparagus, bayam, beras perang, telur, minyak dan daging.

Zat Besi
Makanan kaya zat besi meningkatkan penghasilan sel darah putih. Ia juga meningkatkan produksi sel T yang membantu sel darah putih mengeluarkan lebih banyak antibodi. Zat besi diperlukan untuk melawan infeksi dan menyembuhkan luka. Bijirin yang diperkuatkan dengan zat besi adalah sumber yang sesuai untuk si manja. Selain itu, antara makanan lain ialah ketam,  daging lembu,kuning telur, badam,susu, tairu dan coklat gelap.

Omega -3
Biasanya sistem keimunan tubuh memberikan reaksi yang lebih dengan membebaskan lebih banyak antibodi untuk melawan bakteria atau alergi yang menyerang. Reaksiberlebihan ini dipanggil sebagai respons hipersensitif yang bakal menyebabkan reaksialergi seperti tumbuhnya ruam. Omega -3 melindungi tubuh daripada kerosakan yang disebabkan oleh reaksi berlebihan tadi. Omega-3 meningkatkan aktiviti sel darah putih yang menghapuskan bakteria. Omega-3 boleh didapati dalam ikan yang berlemak seperti salmon, tuna dan ikan kembung.

Credit to: Pa & Ma April 2015


SET ANAK PINTAR


Selain itu, sekiranya korang memerlukan sajian vitamin semulajadi khas untuk Kanak-kanak.. korang boleh cuba set vitamin Kanak-kanak seperti yang dicadangkan Pakar Nutrisi kami di Shaklee. 

Untuk sebarang konsultansi atau pesanan, Korang boleh je hubungi Saya seperti details dibawah yer..




Call/SMS/Whatsapp/Telegram:010-2114231
COD:Kayan/ Lekir/Sitiawan/Manjung
POSTAGE: Seluruh Malaysia

No comments:

Post a Comment