Thursday, 21 April 2016

GARA-GARA VIVIX ISI KAKI YANG LUKA TERKENA RACUN KEMBALI TUMBUH

Sekali lagi gara-gara Si Tonik Ajaib Vivix Shaklee berjaya membantu seorang Pakcik  yang mengalami kemalangan sewaktu meracun menyebabkan Doktor terpaksa membuang isi kaki Pakcik yang luka itu. Jom Kita menelusuri kisah Pakcik ini.


"Serius ngeri sangat masa mula-mula gambar kaki ni dikongsikan di group whatsapp kawan-kawan sekolahku. Bapa mertua kawanku ni kakinya luka, luka tu pulak terkena racun semasa beliau meracun. Luka menjadi semakin teruk. Sehinggakan Doktor terpaksa membuang isi kakinya 1/2 ke 1inchi tebalnya. Nampak tak kat gambar kedua tu, tebal kan.

Gambar mula tu ada getah. Getah tu tujuan utk keluarkan air bisa dekat tulang kering supaya air bisa boleh keluar walaupun posisi kaki tu arah mana2 pun air bisa tetap akan keluar.
Aku mencadangkan Vivix kepadanya. Bapa mertuanya pun setuju untuk berikhtiar dengan Vivix ni. Alhamdulillah selepas mengamalkan Vivix 2botol selama 2minggu(beliau mengambil mega-dose) kaki beliau dah cantik dah naik isi. Untuk makluman, doktor tak bekalkan sebarang ubat, cuma dressing je hari-hari. Syukur dan gembira sangat bila kawanku berkongsi cerita ni.
Pakcik nak beli lagi botol baru hari ni. Pakcik nak pergi umrah. Kawan-kawan tolong doakan sama ye. Semoga pakcik lebih sihat untuk beribadah lepas ni. Dipermudahkan niat nak pergi umrah hendaknya. Amin.

Kami cuma membantu, Allah jua Maha Penyembuh,"
Credit To: Tinie Badri


Alhamdulillah, moga perkongsian Saya kali ini dapat membantu anda diluar sana yang mungkin mengalami nasib yang sama seperti Pakcik. Terus terang Saya katakan, Vivix Shaklee sangat membantu untuk menyelesaikan masalah sakit yang kronik. Untuk pengetahuan semua, bulan ni (April 2016) merupakan bulan terakhir Vivix Shaklee Buy 2 get less 5% tau. Apa yang menarik bila beli 2 botol, terus boleh jadi ahli. Dan bila nak beli bulan seterusnya dah boleh guna harga ahli. Tak cukup dengan keahlian percuma, boleh pula menikmati bonus pertama untuk bulan depannya sebanyak RM30++.

Jika anda berada di kawasan Lekir, Sitiawan dan Manjung. Saya juga membuat khidmat COD, Ini kerana Saya adalah Pengedar Sah Shaklee Manjung.  Ingat satu, tiada yang indah bila Kita berjaya berkongsi kebaikan kesihatan dengan insan tersayang. Sila hubungi Saya jika nak dapatkan produk Shaklee dan konsultansi seperti di bawah.

Call/SMS/Whatsapp/Telegram:010-2114231
COD:Kayan/ Lekir/Sitiawan/Manjung
POSTAGE: Seluruh Malaysia

Wednesday, 13 April 2016

7 INFO IBU MUDA KENA TAHU SELEPAS BERSALIN

Setiap pasangan yang berkahwin pasti teruja menunggu kehadiran si kecil dalam kehidupan mereka terutama si Ibu itu sendiri. Selain menyediakan persediaan untuk berpantang, ada 7 info yang Ibu muda kena tahu selepas bersalin sekiranya berpantang sendirian. Jom kita selidiki.




  • Urutan badan : Selepas kelahiran, anda amat memerlukan urutan badan.Ini kerana kesakitan yang lama semasa melahirkan boleh menyebabkan sakit belakang yang berterusan jika tidak mendapatkan urutan. Bila mengurut, ia mampu mengembalikan kekuatan dan meningkatkan tenaga.
  • Bengkak Susu : Bagi yang pertama kali melahirkan, ada kemungkinan anda menghadapi radang payu dara atau bengkak susu. Kebiasaanya ia sering berlaku selepas sepuluh hari kelahiran. Ini disebabkan oleh susu yang terlalu banyak terkumpul dan lambat keluar sehingga payu dara membengkak sehingga boleh menyebabkan demam. Lakukan tuaman untuk melegakan kawasan bengkak susu.
  • Kemurungan : Selepas kelahiran, ramai wanita akan mengalami masalah kemurungan atau post partum depression (PPD). Hal ini berlaku disebabkan oleh perubahan hormon. Biasanya mereka akan mengalami pelbagai bentuk tekanan jiwa dan emosi seperti kesedihan, keletihan, sukar tidur, kurang selera makan. kerap menangis, rasa gelisah, kerengsaan dan tidak dapat memberi tumpuan. Kajian menunjukkan 85% wanita akan mengalami masalah ini sewaktu tempoh berpantang. Dan sudah tentu akan mengganggu kesihatan diri malah menjejaskan momen indah sebagai ibu dengan bayi yang baru dilahirkan.
  • Penambah susu Ibu : Dengan pengambilan cekur manis, lobak putih, peria dan pegaga ia dapat membantu anda untuk menambah susu. Selain itu ia membersihkan dan melancarkan peredaran darah dalam tubuh sekiranya diambil secara kerap.
  • Sumber tenaga : Semasa berpantang badan mudah letih kerana ketika tidur kadang kala terganggu dengan tangisan bayi. Untuk mengembalikan sumber tenaga, anda boleh mengamalkan minuman rebusan serai yang dititik, halia, kulit kayu manis dan lada hitam selain makanan herba, buah-buahan dan sayur. Ini kerana jika minum air rebusan ini pagi dan petang, badan kembali bertenaga. Selain itu anda boleh mengamalkan pengambilan makanan tambahan seperti set berpantang Shaklee.
  • Sumber Protein : Ikan segar adalah sumber protein yang menjadi makanan utama semasa berpantang. Ikan segar yang digalakkan ialah ikan haruan dan selar buat anda yang bersalin pembedahan caesarean. Ini kerana ikan haruan kaya dengan zinc dan ianya membantu mempercepatkan luka pembedahan sembuh. Ibu berpantang juga diingatkan supaya elak memakan ikan gatal dan berbisa seperti ikan kembung, cencaru, tongkol, bawal hitam dan terubuk.
  • Sumber Penyembuhan : Bagi memastikan luka bersalin cepat sembuh, buah oren mempunyai khasiat kerana ia mengandungi vitamin C dan membantu mempercepatkan penyembuhan luka. Malah ia juga memberi kesihatan kepada badan. Dalam pada itu, jangan sesekali memakan makanan sayuran yang jenis menjalar, berangin dan sejuk seperti kangkung, timun, sayur keladi, bayam dan rebung. Ia bertujuan mengelakkan masalah sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi.

Sekiranya anda berminat untuk menjalani tempoh berpantang dengan set berpantang  dan Vivix Shaklee, meh Saya kongsikan pengalaman luar biasa mereka setelah menggunakan set berpantang Shaklee. Klik siniMoga perkongsian kali ini dapat membantu bakal Ibu di luar sana untuk mempersiapkan diri sebelum menjalani proses berpantang.

Untuk sebarang pertanyaan dan order berkaitan produk anda boleh hubungi disini.


Call/SMS/Whatsapp/Telegram:010-2114231
COD:Kayan/ Lekir/Sitiawan/Manjung
POSTAGE: Seluruh Malaysia























Saturday, 9 April 2016

TESTIMONI: VIVIX BANTU SEMBUHKAN BELL'S PALSY

Vivix Shaklee adalah salah satu suplemen terbaik di dunia. Ia bukan sahaja terbukti sebagai ejen anti-penuaan tetapi ia juga menykong kesihatan otak dan saraf. Pesakit Bell's Palsy yang masih mencari penawar kepada penyakit ini amat disyorkan untuk mengamalkan Vivix secara konsisten. 

Antara kandungan Vivix adalah anggur muscadine iaitu anggur liar yang mempunyai 20 kromosom (anggur biasa 19 kromosom). Oleh kerana pasangan tambahan kromosom ini, ia menyediakan lebih banyak faedah kesihatan termasuk fungsi imun yang tinggi dan antioksidan terbaik. Anggur ini mempunyai buah yang besar, sebesar bola golf dan hidup di kawasan ekstrem dan menjadikan ia mengandungi banyak polifenol dan resveratrol.



Ia juga mengandungi asid ellagik iaitu sejenis polifenol yang tiada dalam anggur jenis lain. Asid ellagik  berperanan dalam menghentikan bahan kimia penyebab kanser. Ia juga anti virus dan anti bakteria. Banyak fitonutrien (phytonutrients) hadir dalam anggur muscadine telah diiktiraf sebagai antioksidan dan agen anti-radang yang paling berkuasa terutama pada kulit dan bijinya. Anggur muscadine adalah rendah lemak dan sodium, dan mempunyai jumlah kalium, serat dan sumber vitamin C yang sihat. Fiber dalam anggur muscadine melebihi fiber dalam oat.

Disini Saya kongsikan pengalaman mereka yang mengamalkan Vivix untuk masalah Bell's Palsy. 

Selama 3 bulan konsisten Vivix, akhirnya sembuh dari Bell's Palsy


Bertahun menghidap Bell's Palsy akhirnya hilang


Jika anda berminat untuk mendapatkan Vivix Shaklee, anda boleh dapatkannya melalui Saya secara COD dan melalui pos. Sekiranya anda berada disekitar Manjung, Sitiawan, Lekir dan kawasan yang berhampiran. Khidmat COD disediakan. Ini kerana Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee Manjung.

Untuk Pertanyaan dan Tempahan boleh hubungi Saya:

Call/SMS/Whatsapp/Telegram:010-2114231
COD:Kayan/ Lekir/Sitiawan/Manjung
POSTAGE: Seluruh Malaysia


JANGAN PANDANG RENDAH DENGAN BELL'S PALSY

Assalamualaikum, didoakan kalian semua berada didalam keadaan sihat dan sentiasa dilindungi Allah SWT. Kali ni nak berkongsi cerita tentang penyakit Bell's Palsy. Tahu tak Bell's Palsy ni apa? Jangan pandang rendah dengan Bell's Palsy. 

Menurut bahasa perubatan, Bell's Palsy adalah satu keadaan yang menyebabkan otot-otot menjadi lemah atau lumpuh pada bahagian muka. ia merupakan satu gangguan saraf yang biasa terjadi dan hanya akan menjejaskan saraf di muka (facial nerve)



Punca Bell's Palsy ini berlaku adalah masih belum jelas. Tetapi pengaktifan semula jangkitan virus herpes adalah penyebab utama. Kebanyakkan saraf yang mengawal otot pada sebelah muka telah rosak disebabkan inflamasi pada saraf yang terletak dibahagian bawah telinga. Bell's Palsy tidak akan mengakibatkan stroke atau Transient Ischemic Attack (TIA), akan tetapi sebaliknya pula stroke dan TIA boleh menyebabkan lemah otot dibahagian muka.


TANDA-TANDA BELL'S PALSY
  • Terasa berat dibahagian muka dan menyebabkan bahagian muka menjadi lemah atau lumpuh.
  • Air liur meleleh
  • Hilang deria rasa
  • Sakit di dalam atau belakang telinga
  • Rasa kebas di bahagian wajah
  • Sensitif terhadap bunyi
  • Masalah mata, seperti air mata berlebihan atau kering

Kira-kira satu dalam 5000 orang setahun berisiko untuk mengalami Bell's Palsy tidak kira golongan wanita mahupun lelaki. Biasanya ia berlaku dalam lingkungan umur 15-60 tahun. Namun begitu, Bell's Palsy boleh berlaku 3 kali atau lebih kerap dikalangan wanita hamil. Ia juga 4 kali lebih kerap berlaku dikalangan wanita hamil daripada wanita yang tidak hamil. Dan ia juga adalah 4 kali lebih kerap berlaku dikalangan pesakit kencing manis daripada penduduk umum selain faktor keturunan juga telah dijumpai dalam 4-14% kes.

Kira-kira 80-90% daripada pesakit Bell's Palsy pulih tanpa kecacatan ketara dalam masa 6 minggu hingga ke 3 bulan. Sekiranya masih belum pulih dari 2-4 bulan atau lebih, kemungkinan lumpuh pada muka akan tetap dan synkinesis yang lebih tinggi.




BELL'S PALSY BOLEH DIRAWAT MELALUI:
  • Kortikosteroid - mengurangkan keradangandan harus dimulakan dalam masa 3 hari daripada terkesan tanda Bell's Palsy.
  • Ubat antiviral boleh digunakan jika virus telah menyebabkan Bell's Palsy.
  • Ubat titisan matadan patch mata (untuk mata kering)
  • Senaman fisioterapi untuk merangsang otot muka. Rawatan fisioterapi ini dikenali 'latihan semula muka' sama ada dengan mengamalkan mengunyah gula-gula getah secara berterusan bagi menggerakkan otot-otot wajah.

Pesakit Bell's Palsy disaran mengambil vitamin B dan asid folik untuk membantu dalam penyembuhan saraf yang telah rosak. Selain daripada rawatan di atas Pesakit Bell's Palsy boleh cuba mengamalkan Vivix daripada Shaklee. Ini kerana ada pesakit Bell's Palsy yang telah berjaya bebas daripada Bell's Palsy. klik sini 

Jika anda ada malasah seperti di atas, jangan tunggu lagi beli Vivix sekarang. Jangan biarkan kesakitan itu memudaratkan kita. Ramai yang sudah merasai keberkesanan Vivix dan ramai yang sembuh. 'Health is wealth'. 

Untuk pertanyaan dan tempahan boleh hubungi Saya.


Call/SMS/Whatsapp/Telegram:010-2114231
COD:Kayan/ Lekir/Sitiawan/Manjung
POSTAGE: Seluruh Malaysia


Thursday, 7 April 2016

VIVIX SHAKLEE MEMBANTU PESAKIT SLE PULIH

Vivix Shaklee merupakan tonik ajaib yang dapat membantu pesakit SLE. Vivix Shaklee memelihara kesihatan secara menyeluruh dan ianya sangat bagus untuk memperbaiki kerosakan sel di peringkat DNA. Vivix juga berfungsi  untuk melambatkan proses penuaan. Vivix Shaklee dapat merawat SLE. Okey dibawah ini ada testimoni daripada pesakit SLE atau LUPUS yang mengamalkan Vivix Shaklee.


Testimoni SLE 

(I) (Kisah Puan Wan Rosmaini Mustafa Roni)

Anak Puan Wan Rosmaini yang menghidap SLE dah hampir sembuh. Anaknya tinggalkan terus steroid yang sepatutnya dia makan 8 biji sehari..Hanya makan Vivix dan Omega Shaklee. Doktor juga terkejut mendengar berita ini. Doktor turut bertanyakan kepada Puan Wan Rosmaini apa yang diberikan kepada anaknya. Jawapannya adalah Vivix Shaklee. Beliau bersyukur kerana penyakit SLE anaknya makin pulih.

(II)  Kisah Puan Peen yang diceritakan kembali oleh Puan Julie Mauryn Gumpil.


Puan Peen seorang ibu yang mempunyai 2 orang cahya mata pernah disahkan oleh Doktor pada tahun 2007 menghidap SLE ketika berusia 20an. Kata Puan Peen semua simptom SLE  telah dirasainya seperti sakit-sakit badan, bengkak sendi, muka jadi merah, rambut gugur, ulser mulut dan kadang-kadang tekanan jadi tinggi. Semasa melahirkan anak pertama Puan Peen hampir terkena sawan sehingga terpaksa dibedah. Bayi Puan Peen dilahirkan sebagai baby pramatang iaitu 7 bulan. Selepas dilahirkan Baby Puan Peen mempunyai masalah dan berada dalam keadaan tidak selamat kerana terdapat jangkitan kuman.

Menurut Puan Peen ketika mengandung kali kedua SLE nya nampak ok kerana SLE tidak aktif semasa mengandung. Tetapi  selepas bersalin SLE terus aktif semula. Sehingga urin Puan Peen didapati terlalu banyak protin. Ini menyebabkan Puan Peen terpaksa menjalani biopsi untuk memeriksa kesihatan buah pinggangnya. Betapa sedihnya buah pinggang Puan Peen didapati rosak. 

Sehinggalah Puan Peen menemui Puan Julie Mauryn Gumpil di Facebook untuk masalah buah pinggangnya. Kerana Beliau beranggapan yang penyakit SLE nya tidak dapat dibantu. Ketika ini keadaan Puan Peen agak terkawal kerana beliau kena makan ubat yang mengandungi steroid dan perlu menjaga pemakanannya. Puan Julie memberikan senarai panjang berkenaan supplemen apa yang sesuai untuk penyakit SLE. Tetapi hanya satu yang dipilih Puan Peen iaitu Vivix Shaklee.

Puan Peen mula minum Vivix sekitar Jun 2012, selepas 3 minggu  Puan Peen memberi maklumbalas kepada Puan Julie. Selepas pengambilan Vivix dia berasa keadaannya makin baik daripda sebelum minum Vivix. Sakit kepalanya tiada lagi dan Puan Peen rasa ringan badannya kerana sakit sendi juga tiada.

Pada September 2012, Puan Peen memberitahu kepada Puan Julie yang Doktor mengesahkan penyakit SLE Puan Peen telah mula reda dan yang bestnya ubat steroid sudah dikurangkan pengambilannya kepada 2 biji sahaja. Beliau masih menjalani rawatan untuk buah pinggang dan hanya perlu makan sejenis ubat sahaja. Setakat ini perkembangannya adalah baik.



Moga perkongsian Saya kali ni dapat membantu anda diluar sana yang mungkin mempunyai masalah kesihatan yang sama macam perkongsian Saya ini. Dan suka untuk Saya ingatkan Saya juga memberikan khidmat COD di kawasan Manjung dan Sitiawan. Ini kerana Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee Lekir, Sitiawan dan Manjung.

Untuk Pertanyaan dan Order boleh hubungi Saya:

Call/SMS/Whatsapp/Telegram:010-2114231
COD:Kayan/ Lekir/Sitiawan/Manjung
POSTAGE: Seluruh Malaysia

SLE : PENYAKIT AUTOIMUN YANG TIDAK DIKETAHUI PUNCANYA

Tahukah anda SLE berpotensi menyerang kaum wanita. Sebelum itu, apakah yang anda faham dengan maksud SLE? Okey, SLE Sebenarnya Systemic Lupus Erythematosus (SLE atau LUPUS) adalah sebahagian daripada gangguan sistem imunisasi tubuh yang juga dipanggil penyakit autoimun. Menurut fakta SLE, lebih kurang 90% penghidap SLE adalah Wanita, manakala 10% lagi adalah Lelaki dan kanak-kanak.

Lebih kurang 90% Wanita yang menghidap SLE berada dalam lingkungan umur  boleh hamil iaitu 15tahun - 50 tahun. Kadar nisbah penduduk Malaysia yang menghidap SLE dianggar lebih daripada 10,000 orang yang telah disahkan menghidap SLE dalam jangkamasa 30tahun. 


Punca penyakit SLE masih tidak diketahui dan penawarnya juga belum diketahui. Simptom penyakit SLE adalah apabila tubuh pesakit akan menghasilkan banyak protein darah iaitu antibodi. Seperti diketahui umum, antibodi ni sifatnya melindungi badan daripada jangkitan dan menyerang benda asing seperti bakteria yang masuk ke badan. 


TANDA-TANDA DAN GEJALA YANG DIKAITKAN DENGAN SLE


  • Ruam-ruam pada kulit muka dan badan
  • Kulit sensitif pada cahaya matahari
  • Ulser pada mulut
  • Keguguran rambut
  • Sakit dan radang pada sendi
  • Demam yang berlarutan
  • Rasa letih dan lesu
  • Sakit dibahagian dada apabila bernafas (Pleurisy)
  • Radang pada slauran darah (Vasculitis)
Image result for tanda tanda penyakit sle

TAPI untuk pesakit SLE, antibodi bukan sahaja melindungi badan daripada benda asing, sebaliknya ia turut menyerang tisu badan pesakit sehingga boleh menyebabkan radang dan kerosakan organ. Antara bahagian didalam tubuh yang diserang antibodi adalah organ, kulit, jantung, buah pinggang, paru-paru, sendi, salur darah dan otak.

Faktor genetik, kuman, virus, sinaran ultraviolet dan ubat-ubatan tertentu memainkan peranan kepada penyebab SLE. Ia juga kerap ditemui dikalangan wanita tetapi ianya bukan suatu penyakit keturunan.

Sehingga ke hari ini masih belum di temui rawatan untuk penyakit SLE ini. Sebagai langkah untuk membantu mengawal penyakit ini, ada sebilangan pesakit yang sudah berjaya bebas daripada SLE apabila mereka mengamalkan minuman botani iaitu Vivix Shaklee. Klik disini.




Jika anda ingin mendapatkan produk ini secara COD, anda boleh menghubungi Saya. Ini kerana Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee di kawasan Lekir, Sitiawan dan Manjung.
Untuk Pertanyaan, Tempahan dan Temujanji : 


Call/SMS/Whatsapp/Telegram:010-2114231
COD:Kayan/ Lekir/Sitiawan/Manjung
POSTAGE: Seluruh Malaysia

Wednesday, 6 April 2016

^STROKE SEMAKIN PULIH DENGAN BANTUAN VIVIX^

Ramai mengetahui peluang untuk pesakit yang mengalami Stroke untuk pulih adalah tipis..tapi disini saya ingin berkongsi cerita saudara Hafza Aein yang mengalami stroke dan semakin pulih apabila beliau ikhtiar dengan Vivix shaklee. Jom Kita menelusuri kisah Saudara Hafza Aein.






Saya Hafza Aein.. yang berkongsi cerita mengenai suami saya yang mengalami stroke dan juga masalah percakapan. Stroke yang dia alami boleh saya kategori sebagai stroke pendarahan. Tapi setelah menggunakan produk Shaklee iaitu VIVIX, Alhamdulillah suami semakin pulih.
.

Tanggal 28 April 2014...suami mengalami masalah stroke dimana doktor mengesahkan pembengkakan otak kiri yang menjadi bengkak dengan cepat. Ya Allah...hanya Allah je yang tahu macam mana perasaan saya time tu.
.

Doktor membuat keputusan hanya pembedahan pembukaan tempurung kepala sahaja yang dapat menyelamatkan nyawa suami. Tanpa berfikir panjang, saya bersetuju untuk suami dibedah kerana tiada pilihan lain. Kalau ada pun, besar kemungkinan boleh menjadi risiko yang paling besar.
.

1 MEI 2014.. Jam 4 pagi suami masuk ke dewan pembedahan dan pakar memberitahu saya pembedahan ni merupakan major operation. Saya redha dengan segala kemungkinan yang berlaku. 

Jam 8pg.. berita yang ditunggu telah tiba. Alhamdulillah..suami selamat menjalani pembedahan dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi untuk pemantauan doktor.
.

4 MEI 2014..keadaan suami masih lagi tidak sedar dan doktor telah memberitahu saya yang sel-sel otak di bahagian otak kiri telah mati dan ada 3 kemungkinan yang terjadi pada suami..

1- tidak dapat mengingat sape dia dan ahli keluarga...
2- boleh mengingat tapi cepat lupa..
3- masalah pertuturan..
.

Saya menjadi bimbang selepas itu. Apa yang saya harapkan lepas suami sedar dia akan mengingat semua ahli keluarga sendiri dan Alhamdulilah.. Allah Maha Besar.. bila dia dah sedar dia masih lagi ingat akan kami sekeluarga.
.

Cuma yang menjadi masalah bila setiap pertuturan dia menjadikan kami tidak faham. Tapi tak apa.. saya ingat lagi dengan produk VIVIX. Saya baca setiap testimoni pasal stroke ni.. apakah kesan dia bile dia makan dan apakah boleh pulih dengan minumnya.
.

Saya cuba bagi dia setiap malam dengan 1 sudu kecil dan berdoa setiap kali saya bagi pada dia untuk pulihkan sel-sel yang dah mati di otak dia sebab otak kiri merupakan otak untuk bertutur dan mengira.

Alhamdulillah setelah hampir setahun...saya berikan VIVIX pertuturan suami semakin pulih dan doktor pun puji suami nampak semakin berseri-seri dan makin banyak cakap.. Hahaha.. suka saya mendengarnya bila doktor cakap macam tu.
.

Terima kasih Shaklee telah membantu menyembuhkan suami saya dan keluarga. Terima kasih juga pada upline saya yang memahami keadaan saya dan memberi cadangan ambil VIVIX untuk bantu pulihkan suami saya.

I love Shaklee...

(BEFORE) Keadaan suami pada bulan MEI 2014
(AFTER) Keadaan suami selepas setahun menggunakan Vivix.

Sila like dan share cerita saya ni supaya dapat membantu pada mereka yang mengalami masalah yang sama.




Moga perkongsian Saya kali ini dapat membantu anda diluar sana. Jika anda berada di sekitar Manjung dan Sitiawan, anda boleh dapatkan produk ini secara COD. Ini kerana Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee di kawasan Lekir, Sitiawan dan Manjung. Sekiranya anda berada di Ipoh, Teluk Intan dan Pangkor Saya juga mempunyai kawan untuk berurusan secara COD disana.


Untuk Pertanyaan, Tempahan dan Temujanji : 


Call/SMS/Whatsapp/Telegram:010-2114231
COD:Kayan/ Lekir/Sitiawan/Manjung
POSTAGE: Seluruh Malaysia

~^ KENALI PUNCA STROKE DAN CARA PENCEGAHANNYA SECARA ALAMI^~

Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat pengunjung blog Saya harini.. Didoakan korang semua sihat dan sentiasa didalam rahmat-Nya. Hari ni nak kongsikan  macamana nak kenali tanda-tanda stroke dengan korang dan cara pencegahannya  secara alami atau dalam erti kata lain semulajadi..


Stroke Warning Signs
Tanda-Tanda Stroke


Sebelum Kita nak kenali tanda-tanda Stroke, terlebih dahulu Kita kena tahu apa dia Stroke ni? kalau ikutkan bahasa Mak Ayah Kita, diorang panggil Angin Ahmar atau angin merah..Kenapa merah ye?? Macam ni

Stroke ni terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu. Stroke menyerang otak sebab otak adalah pusat saraf tubuh. Otak Kita yang akan mengawal setiap yang kita lakukan atau fikirkan. Otak Kita juga mengawal fungsi-fungsi automatik macam sistem pernafasan kita. Betul tak?betul. 

Otak Kita perlukan bekalan darah yang berterusan untuk bawa oksigen dan nutrien. Apabila saluran darah dalam otak Kita pecah atau tersumbat..bekalan darah akan berhenti dan masa ni sel-sel otak akan kekurangan Oksigen dan nutrien (di mana kedua benda ni sangatlah penting dalam sistem tubuh Kita).

Mini Stroke
Bila bahagian otak Kita mula mati, dengan pantas dan senyap ini menunjukkan tanda-tanda boleh mengalami Stroke. Okay, bila kerosakan otak berlaku deria-deria Kita, pertuturan dan pemahaman bahasa boleh terjejas. Sebelah tubuh mungkin lumpuh, sikap, corak pemikiran dan ingatan pun turut berubah.

Jika seseorang yang mengalami Stroke penuh, tidak mustahil sebelum ini mereka telah mengalami 1 atau lebih mini stroke. Tekanan darah tinggi (hipertensi) yang tidak dirawat, DIET yang tinggi kandungan garam makanan berlemak dan manis turut menyumbang kepada faktor berlakunya Stroke.


smoking and stroke

Selain itu, perokok adalah antara yang berisiko untuk mengalami stroke kerana bila merokok pelbagai kesan negatif kepada arteri dan dikaitkan dengan tekanan darah tinggi.
Dan sesetengah pil perancang keluarga juga boleh menyebabkan darah pekat dan berkemungkinan bergumpal dan mengakibatkan tekanan darah tinggi.

Sebagai langkah pencegahan, amalan gaya hidup dan pemakanan seharian Kita perlu dijaga..selain itu Kita juga boleh mengamalkan pengambilan supplimen yang bersifat alami..InshaAllah boleh membantu pesakit Stroke untuk sembuh..

Antara supplimen yang boleh membantu adalah Vivix. Pesakit yang tidak boleh menelan kapsul boleh amalkan Vivix kerana ia merupakan minuman botanikal 1001 rahsia.


4 mekanisma utama Vivix adalah:

  • Melindungi dan membaiki kerosakan DNA
  • Memberi impak positif kepada pengawalan genetik
  • Menggalakkan biogenisis atau pembentukan baru Mitochondria
  • Melambatkan pembentukan protin AGE ( Advanced Glycation End Products)
4 Mechanism Vivix


Vivix ini tonik antioksidan yang bertindak sehingga ke selular. Itu yang membuatkan Vivix best sebab ia membantu menghalang stress Oksidatif.



Selain Vivix, Omega 3 yang terkandung dalam Omega Guard merupakan nutrien utama untuk mencegah masalah Stroke. Omega Guard juga boleh mengurangkan kolestrol dan mencegah kolestrol daripada mengeras dibahagian organ dan pembuluh darah. Kandungan EPA dan DHA yang terdapat dalam Omega Guard penting untuk mencegah penyakit jantung koronori.


Semoga perkongsian Saya ni dapat memberi manfaat buat semua pengunjung blog Saya.. Sampai jumpa di lain entry ye. Dibawah ni Saya kongsikan testimoni Stroke yang berjaya sembuh dengan izin Allah. Klik di sini

Jika anda berada di sekitar Manjung dan Sitiawan, anda boleh dapatkan produk ini secara COD. Ini Kerana Saya adalah Pengedar Shaklee di kawasan Lekir, Sitiawan dan Manjung.

Untuk Pertanyaan , Tempahan dan Temujanji :
Call/SMS/Whatsapp/Telegram:010-2114231
COD:Kayan/ Lekir/Sitiawan/Manjung

POSTAGE: Seluruh Malaysia