Wednesday, 13 April 2016

7 INFO IBU MUDA KENA TAHU SELEPAS BERSALIN

Setiap pasangan yang berkahwin pasti teruja menunggu kehadiran si kecil dalam kehidupan mereka terutama si Ibu itu sendiri. Selain menyediakan persediaan untuk berpantang, ada 7 info yang Ibu muda kena tahu selepas bersalin sekiranya berpantang sendirian. Jom kita selidiki.




  • Urutan badan : Selepas kelahiran, anda amat memerlukan urutan badan.Ini kerana kesakitan yang lama semasa melahirkan boleh menyebabkan sakit belakang yang berterusan jika tidak mendapatkan urutan. Bila mengurut, ia mampu mengembalikan kekuatan dan meningkatkan tenaga.
  • Bengkak Susu : Bagi yang pertama kali melahirkan, ada kemungkinan anda menghadapi radang payu dara atau bengkak susu. Kebiasaanya ia sering berlaku selepas sepuluh hari kelahiran. Ini disebabkan oleh susu yang terlalu banyak terkumpul dan lambat keluar sehingga payu dara membengkak sehingga boleh menyebabkan demam. Lakukan tuaman untuk melegakan kawasan bengkak susu.
  • Kemurungan : Selepas kelahiran, ramai wanita akan mengalami masalah kemurungan atau post partum depression (PPD). Hal ini berlaku disebabkan oleh perubahan hormon. Biasanya mereka akan mengalami pelbagai bentuk tekanan jiwa dan emosi seperti kesedihan, keletihan, sukar tidur, kurang selera makan. kerap menangis, rasa gelisah, kerengsaan dan tidak dapat memberi tumpuan. Kajian menunjukkan 85% wanita akan mengalami masalah ini sewaktu tempoh berpantang. Dan sudah tentu akan mengganggu kesihatan diri malah menjejaskan momen indah sebagai ibu dengan bayi yang baru dilahirkan.
  • Penambah susu Ibu : Dengan pengambilan cekur manis, lobak putih, peria dan pegaga ia dapat membantu anda untuk menambah susu. Selain itu ia membersihkan dan melancarkan peredaran darah dalam tubuh sekiranya diambil secara kerap.
  • Sumber tenaga : Semasa berpantang badan mudah letih kerana ketika tidur kadang kala terganggu dengan tangisan bayi. Untuk mengembalikan sumber tenaga, anda boleh mengamalkan minuman rebusan serai yang dititik, halia, kulit kayu manis dan lada hitam selain makanan herba, buah-buahan dan sayur. Ini kerana jika minum air rebusan ini pagi dan petang, badan kembali bertenaga. Selain itu anda boleh mengamalkan pengambilan makanan tambahan seperti set berpantang Shaklee.
  • Sumber Protein : Ikan segar adalah sumber protein yang menjadi makanan utama semasa berpantang. Ikan segar yang digalakkan ialah ikan haruan dan selar buat anda yang bersalin pembedahan caesarean. Ini kerana ikan haruan kaya dengan zinc dan ianya membantu mempercepatkan luka pembedahan sembuh. Ibu berpantang juga diingatkan supaya elak memakan ikan gatal dan berbisa seperti ikan kembung, cencaru, tongkol, bawal hitam dan terubuk.
  • Sumber Penyembuhan : Bagi memastikan luka bersalin cepat sembuh, buah oren mempunyai khasiat kerana ia mengandungi vitamin C dan membantu mempercepatkan penyembuhan luka. Malah ia juga memberi kesihatan kepada badan. Dalam pada itu, jangan sesekali memakan makanan sayuran yang jenis menjalar, berangin dan sejuk seperti kangkung, timun, sayur keladi, bayam dan rebung. Ia bertujuan mengelakkan masalah sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi.

Sekiranya anda berminat untuk menjalani tempoh berpantang dengan set berpantang  dan Vivix Shaklee, meh Saya kongsikan pengalaman luar biasa mereka setelah menggunakan set berpantang Shaklee. Klik siniMoga perkongsian kali ini dapat membantu bakal Ibu di luar sana untuk mempersiapkan diri sebelum menjalani proses berpantang.

Untuk sebarang pertanyaan dan order berkaitan produk anda boleh hubungi disini.


Call/SMS/Whatsapp/Telegram:010-2114231
COD:Kayan/ Lekir/Sitiawan/Manjung
POSTAGE: Seluruh Malaysia























No comments:

Post a Comment