Saturday, 9 April 2016

JANGAN PANDANG RENDAH DENGAN BELL'S PALSY

Assalamualaikum, didoakan kalian semua berada didalam keadaan sihat dan sentiasa dilindungi Allah SWT. Kali ni nak berkongsi cerita tentang penyakit Bell's Palsy. Tahu tak Bell's Palsy ni apa? Jangan pandang rendah dengan Bell's Palsy. 

Menurut bahasa perubatan, Bell's Palsy adalah satu keadaan yang menyebabkan otot-otot menjadi lemah atau lumpuh pada bahagian muka. ia merupakan satu gangguan saraf yang biasa terjadi dan hanya akan menjejaskan saraf di muka (facial nerve)



Punca Bell's Palsy ini berlaku adalah masih belum jelas. Tetapi pengaktifan semula jangkitan virus herpes adalah penyebab utama. Kebanyakkan saraf yang mengawal otot pada sebelah muka telah rosak disebabkan inflamasi pada saraf yang terletak dibahagian bawah telinga. Bell's Palsy tidak akan mengakibatkan stroke atau Transient Ischemic Attack (TIA), akan tetapi sebaliknya pula stroke dan TIA boleh menyebabkan lemah otot dibahagian muka.


TANDA-TANDA BELL'S PALSY
  • Terasa berat dibahagian muka dan menyebabkan bahagian muka menjadi lemah atau lumpuh.
  • Air liur meleleh
  • Hilang deria rasa
  • Sakit di dalam atau belakang telinga
  • Rasa kebas di bahagian wajah
  • Sensitif terhadap bunyi
  • Masalah mata, seperti air mata berlebihan atau kering

Kira-kira satu dalam 5000 orang setahun berisiko untuk mengalami Bell's Palsy tidak kira golongan wanita mahupun lelaki. Biasanya ia berlaku dalam lingkungan umur 15-60 tahun. Namun begitu, Bell's Palsy boleh berlaku 3 kali atau lebih kerap dikalangan wanita hamil. Ia juga 4 kali lebih kerap berlaku dikalangan wanita hamil daripada wanita yang tidak hamil. Dan ia juga adalah 4 kali lebih kerap berlaku dikalangan pesakit kencing manis daripada penduduk umum selain faktor keturunan juga telah dijumpai dalam 4-14% kes.

Kira-kira 80-90% daripada pesakit Bell's Palsy pulih tanpa kecacatan ketara dalam masa 6 minggu hingga ke 3 bulan. Sekiranya masih belum pulih dari 2-4 bulan atau lebih, kemungkinan lumpuh pada muka akan tetap dan synkinesis yang lebih tinggi.




BELL'S PALSY BOLEH DIRAWAT MELALUI:
  • Kortikosteroid - mengurangkan keradangandan harus dimulakan dalam masa 3 hari daripada terkesan tanda Bell's Palsy.
  • Ubat antiviral boleh digunakan jika virus telah menyebabkan Bell's Palsy.
  • Ubat titisan matadan patch mata (untuk mata kering)
  • Senaman fisioterapi untuk merangsang otot muka. Rawatan fisioterapi ini dikenali 'latihan semula muka' sama ada dengan mengamalkan mengunyah gula-gula getah secara berterusan bagi menggerakkan otot-otot wajah.

Pesakit Bell's Palsy disaran mengambil vitamin B dan asid folik untuk membantu dalam penyembuhan saraf yang telah rosak. Selain daripada rawatan di atas Pesakit Bell's Palsy boleh cuba mengamalkan Vivix daripada Shaklee. Ini kerana ada pesakit Bell's Palsy yang telah berjaya bebas daripada Bell's Palsy. klik sini 

Jika anda ada malasah seperti di atas, jangan tunggu lagi beli Vivix sekarang. Jangan biarkan kesakitan itu memudaratkan kita. Ramai yang sudah merasai keberkesanan Vivix dan ramai yang sembuh. 'Health is wealth'. 

Untuk pertanyaan dan tempahan boleh hubungi Saya.


Call/SMS/Whatsapp/Telegram:010-2114231
COD:Kayan/ Lekir/Sitiawan/Manjung
POSTAGE: Seluruh Malaysia


2 comments:

  1. Dulu ingat ni salah satu tanda strok rupanya ada nama penyakit ni yer

    ReplyDelete
  2. Dulu ingat ni salah satu tanda strok rupanya ada nama penyakit ni yer

    ReplyDelete