Monday, 1 August 2016

^Riang Ria Raya Mama dan KhyraNaeem Di Lumut^

Assalamualaikum. Apa khabar kesayangan semua. Didoakan korang semua sihat dan sentiasa berada didalam rahmat Allah SWT. 

Diam tak diam harini dah 28 Syawalkan..banyak ke lagi undangan rumah terbuka yang Korang terima? Erm, Saya takde dah. :D Rasa petang ni nak share dengan korang aktiviti masa raya haritu la dengan anak-anak.

Masa raya kedua haritu Kami pergi beraya di rumah Mak saudara Saya di Kampung Bakar Bata Beruas, Perak. Rumah adik arwah Mak. Balik dari Beruas bawak Kakak-kakak, anak-anak dan anak buah singgah kat Lumut. Bukan buat apa pun. Saja nak abadikan kenangan hari raya kami je.

Dalam sibuk kami berposing, Saya bagi peluang pada anak-anak main kat playground. Ni la masanya nak bersantai dengan adik beradik kan. Bukan senang nak jumpa dorang. Ni la masanya nak berlibur.

Saya ni anak bongsu, bila ada kakak-kakak or abang-abang balik memang seronok sangat. Kena pulak riuh rendah anak-anak buah. Ya Allah seronoknya nikmat berkumpul bersama keluarga ni.

Okaylah korang, sampai sini dulu cerita Saya. Meh Saya belanja gambo raya Kami kat Lumut. Kot Korang tak pernah lagi datang ke Lumut yang terletak di Perak Bumi Bertuah, silalah ye datang ke sini kome-kome semua. : D . Best habaq hang..daa. 





With loves,
Wana Mohd Tahir
Shaklee Lovers
0102114231

1 comment:

  1. Amboii beraya sakan. Hihi memang best berkumpul satu family

    ReplyDelete