Thursday, 17 November 2016

Kebarangkalian Tidak Menjaga Berat Badan Mengundang Rakyat Malaysia Obesiti

Wah,terkejut tengok carta kat bawah ni. Serius perkara macam ni memang takleh nak buat tak nampak je. Kebarangkalian kalau tak jaga berat badan mengundang Rakyat Malaysia Obesiti tau. Sebabnya benda-benda gini boleh ganggu masalah kesihatan kita. Saya yang berat melepasi 50kg ni pun dah tak tentu hala rasanye..kalau yang berat 100kg taktau la macamane.
Penjual Shaklee Manjung

Ade setengah orang cakap bila kita dah berisi ni nampak comel. Tapi betul ke comel? Sengsara tau sebenarnya. Banyak sangat kelemahan bila berat badan dah bertambah ni. Susah nak bergerak satu hal, pastu konfem duit pun mesti keluar banyak jugak.

 Ate abih semua nak kena tukar. Tu dah tentu punya. Baju pun bukan leh pakai yang ada kat pasaran..kalau ada pun tak banyaklah. Nak kena order bagai. Kena orang yang gemuk tu berduit ok lah kan. Ni yang tiris je duitnya..camna pulak?

Sumber Google
Umum kita tahu orang gemuk memang mudah nak dapat sakit. Bukanlah kata orang kurus tak sakit tapi ratio nya kurang banding yg gemuk. 5 penyakit yang biasa kita dengar dan yang memang dok tunggu jer macam Kanser, Diabetes, penyakit kardiovaskular, yang ade masalah kesuburan dan masalah sendi. 5 ni memang sangat popular.

Ade kan kita dengar kisah pelakon yang meninggal sebab susah nak bernafas. Obesiti la salah satu penyebabnya. Jangan tak tahu bila badan besar ni ade lemak yang terkumpul salah satunya menyukar proses untuk hamil. Kadang tengok makcik pakcik yang memiliki berat badan berlebihan tu, kesian tau nak berjalan. Dah terpaksa bertongkat. Sakit lutut paling glamer la.

 Apapun semua ni boleh di atasi dan dicegah. Selagi kita pandai kawal permakanan dengan lakukan aktiviti fizikal dan jaga pengambilan kalori pemakanan kita setiap hari mungkin semua ni boleh di atasi. 
Kurus dengan Shaklee
Risiko Obesiti

Ada Saya baca ni dalam Satu akhbar la,hampir separuh rakyat Malaysia Obesiti. 😥 huish gayat dengar. So ape tindakan kita utk dapatkan level kesihatan yang baik? 

1. Jaga Makan ikut portion dalam pinggan tu. Pastikan ada protein, sayur ,buah dan carbo tu kurangkan.

2. Ada aktiviti fizikal. Riadah dengan family. Boleh atasi stress. Bila stress setengah orang suka nak makan banyak tau.

3. Kalau amalkan diet tu, pastikan diet yang betul. Jangan sampai mudaratkan badan kang pengsan pulak. 

4. Jadikan makanan tambahan semulajadi sebagai keperluan untuk tingkatkan tenaga sepanjang hari. Keperluan okey bukan pilihan.

5. Jangan makan lewat malam. Mak2 kena masak awal la yer. Masak lambat habis lambat makan pun lambat.( pesan kat diri sendiri)

Sori korang untuk sharing yang panjang ni. Saya dalam proses nak capai gaya hidup sihat. Bila badan ringan konfem takde malas2 nak bangun malam. Jangan salahkan makanan kalau diri sendiri tak pandai control yer. Tak kisah lah untuk orang gemuk atau kurus. 

Moga kita tergolong masyarakat yang menjaga kesihatan tahap optimum supaya kehadiran kita didunia ni boleh beri manfaat pada Agama, Bangsa dan Negara.

Okey Korang, macam biase kalau korang nak dapatkan vitamin Shaklee. boleh hubungi Saya tau. Saya ada buat cod area Manjung, Sitiawan dan Lekir. Bagi yang luar kawasan jangan risau Saya boleh pos untuk korang. Okay semua. Bye

Wana Mohd Tahir
Call/SMS/Whatsapp: 0109749611


1 comment:

  1. Aduhai takutnya..negara kita antara negara Asia yang no.1 juara berdepan dengan masalah obese nih..huhu

    ReplyDelete