Saturday, 12 November 2016

Siapa Dr.Forrest C.Shaklee

Jual Shaklee tapi taktau sape pengasas dia..ish malu aih..(refer to myself) so harini nak share la ape yg Saya dah baca pasal pengasas Shaklee ni. Namanya Dr. Forrest C. Shaklee.

Dr. Forrest C. Shaklee dilahirkan pada tahun 1894. Beliau merupakan pengasas syarikat Shaklee pada tahun 1956. Ketika itu beliau berusia 61 tahun. Dan beliau hidup untuk melihatnya berubah menjadi sebuah syarikat Fortune 500 semasa berusia 80-an.

Dr. Forrest C. Shaklee adalah seorang yang berbilang bakat. Dr. Shaklee mempunyai pelbagai kerjaya antaranya chiropractor, pencipta, penulis, personaliti radio dll. Setiap pengalaman membantu membentuk wawasan buat beliau. Dan hari ini, falsafah Shaklee " Better You Better World " telah mencerminkan secara langsung visi awal Dr. Shaklee.

Minat Dr Shaklee dalam kesihata bermula kerana penyakit zaman kanak-kanaknya iaitu batuk kering. Tanpa bergantung pada hospital atau ubat-ubatan, rawatan beliau ketika itu adalah rehat yang cukup, makanan berkhasiat dan menghabiskan waktu di luar iaitu di kawasan luar bandar lowa. Beliau percaya bila hidup dalam suasana harmoni dengan alam semulajadi ia akan memberikan kehidupan yang sihat untuk setiap orang dan kehidupan yang lebih baik untuk semua orang.

Kerana minat yang mendalam terhadap kesihatan ia telah mendorong Dr. Forrest C. Shaklee ke makmal. Beliau percaya bahawa pemakanan yang baik adalah asas untuk kesihatan keseluruhan dan kesejahteraan. Beliau seorang yang suka mencuba, Dr Shaklee telah membangunkan teknik untuk mengekstrak nutrien dari makanan. "Vitalized Mineral" telah diperkenalkan pada tahun 1915 sebelum konsep vitamin telah difahami sepenuhnya.

Beliau juga membina amalan dan teknik perawatan sakit anggota tubuh dengan mengurut tulang belakang (kiropraktik) yang amat berjaya, di mana beliau belajar dari merawat pesakit bahawa kesihatan yang baik diperlukan untuk memupuk kesejahteraan buan hanya sekadar merawat penyakit.

Dr Shaklee juga merupakan orang yang terawal dalam amalan membantu diri sendiri. Beliau menulis beberapa buku mengenai kepentingan pemikiran positif yang mempunyai hak cipta sebagai Thoughtsmanship. Selain itu beliau juga mengajar konsep keharmonian, kesihatan dan rahsia kehidupan yang berjaya di program radio mingguannya sendiri.

Begitulah kisah pengasas multivitamin pertama dunia Vitalea iaitu Dr. Forrest C. Shaklee. Beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika usianya 91 pada tahun 1986. Masa tu Saya baru 3tahun..umur 30 baru kenal Shaklee..kesian. Better late then never kan😉
____________________________________________

*Kalau anda berasa sekitar Lekir, Sitiawan dan Manjung anda boleh dapatkan Vitamin Shaklee secara COD dan Saya akan consult anda secara direct.

Saya adalah pengedar shaklee kawasan Manjung dan bagi yang jauh Saya boleh pos..Saya menggunakan perkhidmatan poslaju.

Untuk Pertanyaan,Tempahan dan Temujanji
Call/SMS: 010-9749611
Whatsapp: 0102114231
Email : cikwana@gmail.com
FB : Wana Mohd Tahir

 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

No comments:

Post a Comment