Friday, 3 March 2017

Rezeki Tersangkut | Apakah Sebabnya dan Cara Melancarkan Rezeki

Assalamualaikum. Salam Jumaat. Wana doakan kalian yang sudi membaca coretan Wana beroleh kejayaan dan kesihatan yang baik dari Allah SWT. Aamiin.😍

Pagi ni nak berkongsi sedikit tips berkaitan rezeki. Pernah tak jadi kat diri sendiri bila pelbagai usaha dah buat untuk menjemput rezeki tapi rezeki masih jugak tak lekat. Rezeki ni berbagai² kan. Ada yang berbentuk wang, ada yang berbentuk kebahagiaan, ada anak². 

Kadang tu takde duit pun tapi hati masih boleh bertenang. Tu pun kategori rezeki jugak. Sesungguhnya nikmat yang Allah bagi kat kita ni terlalu luas untuk didustakan.

Saja nak berkongsi antara perkara yang menyebabkan rezeki susah nak dapat. Antaranya adalah:

1) Jauh hubungan dengan Pencipta.

 - bila kita jauh hubungan dengan Allah SWT macamana rezeki nak dekatkan. Contohnya tinggalkan solat. Tu salah satu tiang hidup kitakan. 

Allah SWT berfirman bermaksud : " Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya akan dibukakan jalan keluar baginya (dari sebarang masalah) dan akan dikurniakan rezeki dari sumber² yang tidak diduga.
 - Surah At- Talaq ayat 2&3-

2) Jauh hubungan Dengan Ibu bapa.

- Tanpa ibubapa siapalah kita kat dunia ni kan. Bila takde redha ibubapa tiadalah redha dari Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda : " Sesiapa yang berbuat baik kepada kedua ibubapanya nescaya sungguh bahagia hidupnya. Allah akan panjangkan umurnya ( apabila umur panjang rezeki juga bertambah)" - Hadith Riwayat Bukhari dan Hakim, daripada Mu'az bin Anaz.

3) Jauh hubungan sesama saudara

Rasulullah SAW bersabda : " Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya hendaklah dia menghubungkan silaturrahim." - Hadith Riwayat Bukhari.

4) Tidak bersyukur dan mudah lupa.

- Apa jua bentuk usaha yang kita dah buat, jangan lupa bersyukur dan selebihnya bertawakal pada-NYA.

| Perkara² yang boleh menjemput Rezeki |

1) Perbanyakkan Istighfar setiap kali lepas Solat mahupun ketika lapang.

2) Perbanyakkan Selawat setiap hari.

3) Solat Fardhu awal waktu.

4) Solat Dhuha jadikan amalan sebab Rasulullah sendiri mendirikan solat 4 rakaat sebelum keluar bekerja. 

5) Solat Tahajjud.

6) Baca Al-Quran

7) Baca Surah Al- Waqiah

8) Sedekah

9) Berbuat baik pada kedua Ibubapa, anak², adik beradik dan saudara mara.

10) Amalkan ayat 1000 dinar.

Sebenarnya banyak sangat amalan menjemput rezeki ni. Kalau tak biasa boleh amalkan sikit² dulu. Yang penting kualiti dan istiqomah kita nak laksanakan amalan² ni semua. 

Moga perkongsian ni dapat manfaat buat Saya dan korang yang membaca sharing ni yer.😊😍

Love,
Wana Si Penjual Shaklee😘
010.9749611

No comments:

Post a Comment