Sunday, 7 May 2017

11 Tip Untuk Meningkatkan Kesuburan Bagi Pasangan Suami Isteri Yang Sah.

Setiap pasangan suami isteri yang telah bernikah, pastinya memiliki cahaya mata sendiri adalah satu nikmat dan anugerah dari Allah SWT yang sangat bermakna dalam hidup. Tapi setiap dari kita mungkin diuji dengan faktor kesuburan sebelum memilikinya. 

Tip Kesuburan Suami Isteri

Disini ada 11 tip untuk meningkatkan kesuburan suami isteri yang boleh dipraktikkan.

1. Fahami Proses Kehamilan

Memahami bagaimana sistem pembiakan berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor kesuburan.

2. Jumpa Doktor

Pastikan bebas daripada sebarang masalah dengan membuat rawatan doktor.

3. Berat Badan Yang Ideal

Sekiranya mempunyai berat badan yang berlebihan atau berkurangan, ia mungkin boleh memberikan masalah kepada kesuburan.

4. Ketahui Waktu Subur

Hari subur Wanita cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui hari subur, peluang untuk hamil adalah tinggi.

5. Hubungan Seks Yang Kerap

Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan wanita hamil dengan cepat. Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada hari- hari subur, berhubunganlah setiap hari.

6. Tingkatkan Kesuburan Suami

Pastikan kesihatan reproductive suami pada takat optimum dengan mempraktikkan cara hidup sihat.

7. Multivitamin

Wanita disarankan untuk mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Lelaki pula disarankan untuk mengambil suplemen zink untuk meningkatkan pengeluaran sperma.

8. Bersenam Secara Rutin

Bersenam adalah cara untuk sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.

9. Makanan Yang Seimbang

Mengawal pengambilan makanan terutama apabila mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu satu sebab mengapa wanita sukar hamil.

10. Kurangkan Tekanan

Tekanan sering dikaitkan dengan masalah ketidaksuburan. Lakukan aktiviti-aktiviti ringan yang boleh mengurangkan tekanan.

11. Jauhi Dadah, Merokok Dan Minuman Keras.

Rokok, dadah dan minuman keras bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kesuburan malahan meningkatkan risiko keguguran dan komplikasi kehamilan.

SEMOGA KESEMUA TIP DI ATAS DAPAT MEMBANTU KORANG YANG MEMBACA ENTRY WANA OKAY. SEMOGA BERMANFAAT ☺

No comments:

Post a Comment