Monday, 8 May 2017

7 Tip Untuk Menggembirakan Hati Yang Sengsara, Sedih dan Kecewa

Pelbagai cara boleh dilakukan untuk kita gembirakan hati yang sengsara, sedih dan marah. Di sini Wana nak kongsikan tip hasil pembacaan Wana dengan korang ye. Ada 7 tip kesemuanya.

Pengedar Shaklee Manjung

Tip yang pertama, kita latih minda melupakan kenangan pahit. Ia perlu diaplikasikan secara berterusan. Ini kerana kita tak dapat nak lupakan semua memori pahit secara serentak tapi kita boleh lakukannya secara berperingkat-peringkat.

Tip yang kedua, buang perasaan risau yang melampau. Bila kita terlalu risau ianya akan memberi 2 kesan terhadap diri kita. Pertama ia menarik masalah dan musibah dan kedua ia memberi kesan buruk pada kesihatan kita. Oleh itu kita haruslah belajar untuk bertenang dan melatih diri kita supaya dapat mengawal emosi bagi mengurangkan perasaan risau yang melampau tadi.

Tip yang ketiga, belajar rajin bersyukur. Kita kena sentiasa ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas yang mungkin agar rasa syukur itu dapat meresap jauh ke dalam diri kita. Sebagai umat Islam memang kita digalakkan untuk sentiasa ada rasa syukur di atas kesemua nikmat yang kita dapat dari Allah SWT kan.

Tip yang keempat, belajar menjadi pemaaf. Tak rugi pun ada sikap pemaaf ni tau. Sebabnya sikap maaf ni dapat membersihkan hati kita daripada perasaan negatif dan emosi-emosi negatif. Selain itu ia dapat meneutralkan gelombang negatif yang ada dalam minda kita ni.

Tip yang kelima, ketawa, ketawa dan terus ketawa. Ketawa juga merupakan terapi kepada minda kusut dan hati yang serabut. Jadi ketawalah apabila terdapat perkara yang menggembirakan kita dan ia dapat menjadikan kita girang.

Tip yang keenam, ubah fikiran. Belajar untuk mengubah fikiran kita tentang sesuatu situasi biarpun seburuk manapun keadaannya. Kita harus mencari cara bagaimana kita boleh jumpa nilai-nilai positif didalamnya. Kita adalah apa yang kita fikirkan.

Tip yang ketujuh, keraskan hati. Ia bermaksud kita hendaklah mempunyai kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan belajar menerima hakikat dengan hati terbuka.

Dengan izin Allah kita mampu mengubah apa yang berlaku disekeliling kita asalkan kita yakin Allah sentiasa ada jalan penyelesaiannya yang terbaik untuk hambanya di penghujungnya.

" Moga membantu untuk menggembirakan hati sengsara". - Klik sini-


1 comment:

  1. Lagi 1 kalau kita redha dengan apa yg terjadi,lagi kita akan cepat tenang.

    ReplyDelete