Monday, 22 May 2017

Resepi Brownies Kedut Kegemaran Khyranaeem

Assalamualaikum. Harini Wana cuti. Dah lama sangat nak makan brownies. So hari ni kita pun buatlah brownies kedut katanya. 

Brownies Kurang Manis
Kedut's Brownies Khyranaeem

Ni percubaan kali kedua la. Yang mula dulu buat guna bahan yang ada je. So rasanya pun sekadar saja la. Meh la nak share resepi dengan korang. Resepi ni pun Wana ambik dari sideline Shaklee Wana yang rajin sangat bab masak-masak ni.

Tips nak dapatkan brownies sedap ni, kita kena guna coklat compound yang mahal tu. Serius makan coklat tu gitu pun dah rasa kesedapannya. Belum lagi jadi brownies kan.

Wana gunakan dark coklat dari brand beyril's. Harga pun boleh tahan sekarang ni. Ni sebab teringin nak makan kasi puas la kononnya. Tu yang cari jugaklah. 

Best bila buat kek ni, anak-anak lah yang paling suka.☺sebab mama dorang memang jarang sangat membaking ni. Kebetulan harini cuti dan rasa nak buat tu yang terus je cari bahan dan buat. Kiranya theraphy session la baking ni. 

Okey meh Wana share resepi brownies dengan korang nak. Doakan tuan yang share resepi ni dimurahkan rezeki ye. ( Dr Najihah Abdul Mutalib). Satu yang Wana suka brownies ni kurang manis tau.

Step 1

Bahan²:

400gm coklat compound beryl's
150gm unsalted butter ( nak guna yang salted pun boleh)
4 biji telur
170gm brown sugar 
100gm tepung kek
Esen vanilla 
Coklat chips
30gm serbuk coklat


Step 2

Mix coklat compound, butter dan double boiler atas dapur. Dalam bekas lain, mix brown sugar dan telur kemudian masukkan esen vanilla 1 penutup. Kemudian pukul guna whisk.

Step 3

Ayakkan tepung dan serbuk koko. Once dah larut coklat  compound tadi. Mix kan dengan sugar tadi. Last baru masukkan sikit-sikit tepung tadi.Kacau rata ye.

Step 4

Panaskan oven 15 minit sebelum nak masukkan loyang brownies pada suhu 160°c. Sebelum tu loyang tadi kena lapiskan dengan kertas minyak yang telah disapu butter. 

Step 5

Tuangkan adunan brownies didalam loyang kemudian masukkan ke dalam oven dan bakar selama 30-35 minit. Untuk kedut pula, bila dah ting bunyi oven tu, korang buka sikit penutup oven tadi dan biarkan selama 15 minit macam tu. Taddaa nampaklah kedut tu nanti☺

Selamat mencuba korang. Nanti dah buat dan makan ingat² lah Wana yer☺





1 comment: