Tuesday, 9 May 2017

Resepi Jus Kurma Untuk Wanita Hamil & Ibu Menyusu Semasa Berpuasa

Alhamdulillah tinggal tak berapa hari je umat Islam bakal menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak kan? Sebelum Wana kongsikan resepi jus kurma untuk Wanita hamil dan ibu menyusu semasa berpuasa, meh Wana kongsikan serba sikit khasiat kurma dahulu untuk korang.

Resepi Jus Kurma

Jika korang nak tahu, buah kurma ni banyak sangat manfaatnya. Bukan sahaja untuk wanita hamil, ibu menyusu tapi untuk semua golongan. Tak kira lelaki, wanita, anak-anak dan warga emas. Kalau nak tahu memakan kurma sebelum makan pagi dapat membunuh bakteria dalam perut tau.

Ada 6 khasiat kurma bagi wanita hamil dan ibu menyusu.

1) Mencegah daripada berlakunya pendarahan ketika melahirkan anak. Amalan memakan kurma basah boleh mencegah daripada berlakunya pendarahan ketika melahirkan ana dan mempercepatkan proses pengambilian posisi rahim seperti sedia kala.

2) Khasiat kurma itu sendiri sangat sesuai untuk dijadikan nutrisi ibu mengandung kerana buah kurma mempunyai zat besi, kalsium, glukosa, potassium dan serat yang tinggi.

3) Buah kurma juga sesuai dimakan sebagai diet untuk perempuan yang sedang dalam nifas, ia dikuatkan dalil ayat daripada Surah Maryam ayat 25-26.

4) Buah kurma mengandungi hormon Patuchin yang boleh mengurangkan pendarahan dalaman dan menggalakkan pengeluaran susu ibu dan hormo Oksitosin untuk membantu otot-otot rahim bagi melancarkan proses kelahiran dan pengecutan rahim selepas bersalin.

5) Kurma juga tidak mengandungi kolestrol dan ia mengandugi antioksidan yang dikenali sebagai tanin yang boleh mencegah kanser.

6) Buah kurma dapat meningkatkan kesihatan janin didalam perut ibu.

Ini antara khasiat kurma bagi wanita hamil dan ibu menyusu. Mesti tak sabar nak tahu resepi jus kurma kan? Sebelum tu nak tanya, korang dah ready ke stok kurma menjelang puasa ni?☺

Resepi Jus Kurma Esp

Resepi Jus Kurma bersama ESP Shaklee

Bahan-bahan:

3 Sudu besar ESP Shaklee
10 biji buah kurma - telah dibuang biji dan dibersihkan
1 Cawan air
Beberapa ketul ais

Cara penyediaan:

Kurma direndam didalam air panas selama 15 minit

Kisar buah tersebut bersama air tadi sehingga betul-betul hancur.

Masukkan pula ais ketul dan masukkan sedikit madu.

Masukkan Esp Shaklee dna kisar hingga sebati.

* Korang boleh pelbagaikan resepi ini dengan meletakkan madu, oat dan susu segar.
Set berpuasa Shaklee


Resipi kurma bersama Esp Shaklee ini sangat membantu korang yang takde selera nak bersahur dengan makanan berat. Atau sesuai untuk menu berbuka puasa supaya kekal cergas selepas berbuka dan bersemangat untuk mengerjakan ibadah solat sunat tarawikh.

Jika korang berminat untuk mendapatkan Set Puasa Shaklee dari Wana, korang boleh terus hubungi Wana seperti maklumat yang tertera dibawah ini ye. Set berpuasa Shaklee sesuai untuk seluruh keluarga.

Wana Mohd Tahir | 010.9749611
Email: cikwana@gmail.com
COD: Batu 6 Caltex|Giant Hypermarket Manjung.


No comments:

Post a Comment