Monday, 8 May 2017

Tip Dan Trik Didik Anak Pilih Makanan Sihat Supaya Tidak Menjadi Tetamu Rumah Sakit

Pada zaman kini anak-anak lebih suka disajikan dengan makanan rapu daripada makanan berkhasiat. Sebagai ibubapa kita perlu menerapkan mereka supaya mengambil makanan berkhasiat. Ia agak sukar tetapi bila kena dengan caranya pasti anak-anak akan menjamahnya. Meh kita cuba beberapa tip dan trik untuk pancing minat anak-anak makan makanan sihat supaya tak jadi tetamu rumah sakit.

Pengedar Shaklee Manjung

Tip dan Trik Memilih Makanan Berkhasiat

1) Jangan Paksa Anak

- Jangan sesekali memaksa anak untuk makan banyak. Biarkan anak yang memutuskan berapa banyak yang harus mereka ambik. Kita hanya boleh memasukkan sayuran pelbagai warna, buah-buahan, susu, bijirin dan sebagainya agar anak kita mendapat nutrisi secukupnya.

2) Elak Makan Berlebihan

- Elakkan anak kita dari makan berlebihan supaya tidak mengalami obesiti atau diabetes. Berikan mereka makanan setiap 2-3 jam untuk mencegah makan berlebihan ketika hidangan utama. Pengambilan snek sihat macam kekacang, bijirin, buahan segar atau biskut gandum mesti dititikberatkan.

3) Katakan TIDAK Pada Makanan Segera

- Pilihan makanan segera seperti sosej, nugget, kerepek dan sebagainya hendaklah dielakkan. Sebaiknya jangan terlalu kerap mengajak mereka ke tempat makanan segera atau tempat makanan beku di pasaraya. Semua tu menarik perhatian mereka.

4) Beli Makanan Bernutrisi

- Jika Ibubapa terlalu sibuk dan kerap membelikan makanan diluar, pastikan makanan yang dibeli adalah makanan yang mengandungi banyak sayuran, nutrisi dan vitamin yang diperlukan.

5) Olah Makanan Dengan Resepi Baru

- Jika ada makanan sihat yang nak disediakan tidak menepati citarasa anak, kita boleh mengolah makanan tersebut supaya menjadi resepi baru dan dalam masa yang sama trik mengolah makanan ni tetap membolehkan anak kita mendapat nutrisi makanan darinya tanpa pengetahuan mereka.

6) Jangan Manjakan

- Jangan terlalu manjakan anak kita dengan memberi pemilihan makanan yang diinginkan setiap hari. Cukuplah dengan sehari dalam seminggu. Tanamkan kebiasaan makanan yang sihat dan baik untuk anak-anak. Jangan sesekali membiasakan anak-anak dengan makanan manis atau gula-gula.

7) Aktiviti Fizikal

-  Sekurang-kurangnya libatkan anak-anak dengan aktiviti fizikal seperti berjogging, bermain bola atau aktiviti luar yang boleh membantu mereka menghilangkan tekanan dan memberikan kesihatan yang sempurna.

Kat bawah ni Wana kongsikan testimoni Puan Najihah bagaimana beliau menjaga kesihatan anak-anak beliau. Moga tip dan trik di atas dapat membantu ibu ayah sekalian.



TESTIMONI 30: NAJIHAH ABDUL MUTALIB

[TIADA LAGI EPISOD ULANG ALIK KE KLINIK BAWA ANAK-ANAK YANG SELALU JATUH SAKIT]

Saya, Najihah binti Abdul Mutalib, ibu kepada 6 orang cahayamata yang berusia setahun setengah.sehingga 13 tahun. Saya ingin kongsikan #shakleeeffect yang anak-anak saya alami selepas amalkan vitamin Shaklee.

Ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil pasti sudah biasa dengan pengalaman bergilir-gilir menjaga anak-anak yang tak sihat pada waktu malam. Dan sesi ulang alik ke klinik gara-gara anak-anak demam atau sakit silih berganti.

Saya dan suami juga mengalami situasi yang sama suatu ketika dahulu. Maklumlah jarak kelahiran anak-anak agak rapat, anak sulung berusia sethn setengah dah dapat adik, kembar pula tu. 3 tahun kemudian, saya melahirkan anak ke-4 pula.

Bayangkan ketika itu, anak sulung berusia 5 tahun, anak kedua dan ketiga (kembar) berusia 3 tahun dan anak ke-4 baru lahir. Pada masa tu saya memang belum kenal Shaklee atau apa-apa suplimen.

Dulu, anak saya kerap jatuh sakit; kadang-kadang demam, batuk berkahak, selsema, muntah-muntah dan lain-lain. Bayangkanlah kebiasaannya kalau sorang sakit, sorang demi sorang akan "berjangkit".

Boleh dikatakan tiap-tiap bulan muka kami anak beranak akan muncullah sama ada di klinik panel tempat saya kerja dahulu @ klinik pakar kanak-kanak. Dan tiap kali berjumpa Dr Pakar terutamanya, pasti banyak juga caj yang dikenakan. Sebabnya bukan sorang yang sakit, paling tidak dua orang atau lebih.

Dan tiap kali berjumpa Dr pun, ubat yang sama jugalah diberi. Balik makan ubat semua, sebulan @ dua bulan lepas tu memang akan berulang semula. Tapi pada masa tu saya memang tak pernah terfikir langsung tentang suplimen atau vitamin ni.

Sehinggalah pada akhir 2011, saya mula kenal Shaklee. Tapi utk 1 tahun lebih pada awalnya saya hanya ambik vitamin Shaklee untuk diri sendiri sahaja. Alhamdulillah, selepas beberapa bulan amalkan Shaklee ia nampak serasi dengan diri saya.

Saya mula berikan vitamin Shaklee untuk anak-anak pada awal tahun 2013. Antara vitamin saya saya berikan untuk anak-anak ialah Meal Shakes, Omega Guard, Chewable Vita C dan Nutriferon (bila perlu sahaja).

Apa yang saya perasan, selepas konsisten berikan vitamin-vitamin Shaklee ini pada anak-anak, tahap jatuh sakit mereka makin menurun. Kekerapan ke klinik juga makin berkurang. 

Kalau ada pun yang sakit (demam, selsema dan sebagainya), sakit-sakit tu takkan melarat untuk satu tempoh yang lama. Kalau nampak je simptom-simptom dia orang nak demam, terus saya berikan Nutriferon. Nutriferon ni amat berkesan tindakbalas sekiranya diambil sewaktu permulaan tanda atau simptom demam dan selsema tu.

Alhamdulillah..kini walau saya berseorangan menguruskan anak-anak, saya amat bersyukur kerana episod ulang alik ke klinik bila anak-anak sakit tak berlaku sekerap dahulu lagi. Kalau badan anak-anak dah ada rasa panas-panas macam nak demam, terus saya akan berikan Nutriferon (paling utama), diikuti Chewable Vita C dan Omega Guard.

Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati. Berilah vitamin terbaik untuk anak-anak anda, apa lagi kalau bukan Shaklee sebagai satu usaha untuk meningkatkan taraf kesihatan seisi keluarga. Saya berharap dengan perkongsian ini, kebaikan vitamin Shaklee akan tersebar serta dapat memberi manfaat kepada lebih ramai orang lagi. Sekian. Terima Kasih.



Wana Mohd Tahir | 010.9749611
Email: cikwana@gmail.com
COD: Batu 6 Caltex|Giant Hypermarket Manjung.

2 comments:

  1. Budak² sekarag memang memilih makan,klu tak dipantau mesti makanan tak berkhasiat yg menjadi pilihn dorang.

    ReplyDelete