Sunday, 7 May 2017

Tips Atasi Masalah Kulit Muka Supaya Bebas Tanpa Jerawat

Kebiasaanya kaum wanita sangat teliti tentang penjagaan kulit muka kan? Nampak sebutir jerawat pasir dimuka je dah riuh serumah. Meh nak share tips atasi masalah kulit muka supaya bebas tanpa jerawat dengan korang.

Pengedar Shaklee Manjung

Tips Penjagaan Kulit Muka

1. Pastikan kulit muka korang sentiasa dicuci dengan bersih.

2. Gunakan pencuci muka yang bebas paraben, selamat dan semulajadi supaya ianya tidak merosakkan kulit muka korang.

3. Jika korang seorang yang suka bersolek, pastikan sebelum tidur atau bila dah sampai rumah korang bersihkan muka korang dulu ye. Boleh gunakan make up remover.

4. Bila dah cuci muka jangan lupa lap bersih muka tu kemudian sapukan toner. Sebab bila dah cuci liang pori muka kita dah terbuka so kena la tutup semula dengan sapuan toner.

5. Lepas dah selesai toner, bolehlah sapukan pelembap muka. Bagus untuk jaga muka kita dari pancaran sinaran matahari. Muka gelap dan jerawat kan dah kurang saham nanti.☺

6. Sebelah malam sebelum tidur, sapulah kulit muka dengan krim malam. Waktu kita tidur, masa ni la sel-sel kita bekerja tau. Pastikan krim yang selamat okay.

7. Akhir sekali, pemakanan kita sehari-hari tu kena lah jaga sama. Janganlah main bedal je nak makan sedap sampai terlebih ambik makanan yang berminyak lah. Tu semua memang mengundang jerawat okay.

Nutriwhite Shaklee

Okay, nah Wana nak kongsi dengan korang kisah sorang adik ni. Wana pernah jumpa dia. Kulit muka dia cantik sangat. Suatu masa dulu adik ni terpengaruh juga dengan iklan-iklan produk nak cantik ni. Korang bacalah sendiri yer☺


"Saya Siti Suhaida Binti Ismail, berusia 27 tahun dan berasal dari Negeri Cik Siti Wan Kembang. Saya bekerja sebagai Retail Executive di sebuah syarikat swasta.

Masa belajar dulu kulit saya tiada masalah tetapi  berkulit gelap, cemburu melihat model iklan di televisyen yang memakai produk kulit putih seawal 3 hari, saya terus teruja. Saya tekad membeli dan mencubanya. Memang benar kesannya sangat cepat.

Muka menjadi licin dan menipis, kulit saya tidak tahan panas. Tetapi apabila saya berhenti memakai produk tersebut akibat kekurangan wang, muka saya menjadi semakin teruk, jerawat besar-besar tumbuh silih berganti  menyebabkan saya menjadi semakin stress.

Saya juga  mempunyai masalah dengan sistem penghadaman yang kurang baik. Mungkin  kerana tidak menjaga pemakanan seharian saya yang kebanyakan nya memang tidak sihat. Jadual makan saya memang tidak teratur, dan saya suka minuman berkafein sebagai usaha untuk stay up belajar pada waktu malam.

Saya penggemar tegar Nescafe dan kadang2 satu sachet tidak cukup kuat bagi saya. Kehidupan sebagai pelajar saya anggap normal jika makan Maggi dan Nescafe, akibat terlalu sibuk dengan belajar saya biarkan saja masalah itu sampai lah satu ketika saya disyaki mengalami masalah dalam usus kerana berlaku pendarahan ketika membuang  tetapi  tidak sakit.

Perut saya menjadi sangat sensitive dengan makanan yang saya makan, saya tidak boleh makan pedas walaupun sedikit dan sembelit yang teruk. Mungkin terlalu stress dengan keadaan diri, hormone saya menjadi tak stabil, jerawat semakin naik penuh dimuka dan period saya menjadi tidak stabil.

Pengedar Shaklee Manjung

Saya mula ikhtiar ingin mencuba Shaklee dengan  mengambil ESP, dan Vitamin C secara konsisten  namun jerawat masih tidak berhenti naik dan mula menambah B-Complex, Gla dan Alfalfa untuk menstabilkan hormone dan merawat masalah jerawat saya.

Alhamdulillah masalah jerawat saya dah berkurang, period dah okay dan sekarang saya langsung tiada masalah usus lagi.
Bagi adik-adik di luar sana, saya sarankan tidak mudah terpengaruh dengan iklan-iklan di televisyen kerana tiada produk yang mampu member kesan  seawal 3 hari melainkan produk tersebuk mempunyai kandungan bahan kimia yang tinggi.

Bagi mereka  yang mempunyai masalah jerawat yang serius, rawat lah dari dalaman dahulu dan cari skincare yang berasaskan dari bahan semulajadi. Inilah Shaklee Effect saya."

TESTIMONI 12: SITI SUHAIDA ISMAIL

Jika berminat untuk dapatkan vitamin untuk Set Kulit cantik seperti yang diambil oleh adik ni. Jangan lupa hubungi Wana yer.

Wana Mohd Tahir | 010.9749611
Email: cikwana@gmail.com
COD: Batu 6 Caltex|Giant Hypermarket Manjung.


No comments:

Post a Comment